MAKSUD PANTUN DUA KERAT NASIHAT
|
Setiap perbuatan dan tindakan yang
dilakukan berkait rapat dengan sifat seseorang itu sendiri.
|
|
Orang yang asyik baring di dalam selimut
akan menjadi orang yang kuat tidur.
|
|
Walaupun diri seseorang itu mempunyai
kekurangan, tetapi dia tetap mempunyai keistimewaan atau
kelebihan tersendiri.
|
|
Seseorang yang tidak mahu berusaha atau
berikhtiar akan gagal.
|
|
Kesungguhan dan kecekalan dalam melakukan pelbagai tugas atau kerja. |
TEMA PANTUN
DUA KERAT NASIHAT
Nasihat yang dapat membina diri seseorang
ke arah kebaikan.
PERSOALAN PANTUN DUA KERAT NASIHAT
- Sifat manusia itu akan terserlah pada setiap perbuatan dan tingkah lakunya.
- Orang yang kuat tidur tidak aktif dan tidak produktif.
- Kekurangan diri bukan penghalang untuk berjaya dan menyumbang sesuatu yang berfaedah.
- Orang yang malas berusaha tidak akan berjaya untuk memperoleh sesuatu.
- Inisiatif atau kerja hendaklah dilakukan dengan penuh kesungguhan.
BENTUK DAN CIRI-CIRI PANTUN DUA KERAT NASIHAT
- Bentuknya terikat.
- Terdiri daripada lima rangkap.
- Berisi dua baris serangkap.
- Bilangan katanya tiga hingga empat patah kata sebaris.
- Terdiri daripada lapan hingga sebelas suku kata sebaris.
- Rima akhir bagi setiap rangkap adalah sama, iaitu aa.
GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI PANTUN DUA KERAT NASIHAT
- Imej alam. Contohnya, pucuk kawa; buah sintang; buah senikul.
- Repetisi. Contohnya, Satu memegang satu memikul. (baris 2, rangkap 5)
- Bahasa Arab. Contohnya, wujud; sifat.
- Asonansi. Contohnya, Sungguh hitam dipandang lawa (perulangan vokal a).
- Aliterasi. Contohnya, Sarang semut dalam gelap (perulangan bunyi konsonan s).
NILAI PANTUN
DUA KERAT NASIHAT
- Berhati-hati.
- Kerajinan.
- Keredaan.
- Kesungguhan.
- Kecekalan.
PENGAJARAN PANTUN DUA KERAT NASIHAT
- Kita harus mengelakkan diri daripada banyak tidur.
- Kita janganlah kecewa dengan kekurangan diri.
- Kita hendaklah memiliki sifat daya usaha yang tinggi dalam berhadapan dengan cabaran dalam sesuatu usaha.