Judul: Melati Bunga Mekar Mewangi
Kesinambungan kisah Melati dan Nazeem mengambil ruang penceritaan. Saat bahagia bersama Orked dan kandungan kedua, kesihatan mental Melati kembali diuji dengan kehadiran Jasmine. Rupanya Jasmine terlebih dahulu hadir dalam kehidupan Nazeem. Namun, Nazeem tidak pernah mengungkapkan sekalipun tentang kewujudan Jasmine kepada Melati. Mampukah rumah tangga Melati dan Jasmine bertahan? Apatah lagi dengan kehadiran Isaac, si jejaka muallaf yang mampu menjadi pesaing hebat kepada Nazeem! Malah, rahsia siapa sebenarnya bapa Melati yang dianggap sudah terlerai dalam naskhah Melatu, Bunga Tidak Mewangi rupanya masih berbelit belum terurai. Mampukah akal fikir Melati menghadapi semua konflik ini atau dia bakal mengikut jejak Melur ke Hospital Bahagia? Melati Bunga Mekar Mewangi ada jawapannya.
Mell Mariann bukan satu nama yang terlalu mentah dalam dunia penulisan. Sebelum kehadiran naskah Melati, Bunga Tidak Mewangi; Mell Mariann sudahpun memiliki tujuh buah novel, antaranya Akulah Aryana, Chinta Untuk Ali, Cinta Yang Dilupa, Semanis Mimpi, Bog Boss I Need You, Barith Can’t Unlove You dan Melati Bunga Tidak Mewangi. Penulisnya seorang yang terbuka menerima pandangan pembaca apabila mengalu-alukan ulasan pembaca menerusi status beliau di akaun Facebook personalnya.
Naskhah ini menguraikan persoalan-persoalan dalam kisah lampau Melur yang masih samar dalam Melati Bunga Tidak Mewangi. Garapan yang memaparkan momen bahagia Melati dan Nazeem juga dilanda badai walaupun tidak sekencang tsunami namun cukup untuk menggemparkan hati Melati tatkala nyawa Orked menjadi taruhan. Bagi penggemar duo Melati dan Nazeen, pelengkap kisah Melati dalam naskhah Melati Bunga Mekar Mewangi patut menjadi koleksi wajib anda miliki.
★★★