CADANGAN JAWAPAN RUMUSAN SPM KSSM: SUKAN AIR
Bahan 1
Fokus 1: Kebaikan Sukan Air
Mempercepat pengeluaran adrenalina.
Jantung juga berdegup kencang bagi menghantar oksigen ke seluruh bahagian tubuh.
Jangka hayat perenang berkemungkinan lebih panjang
berbanding dengan atlet lain.
Sukan air berkumpulan dapat memupuk sikap saling mempercayai, persefahaman dan perpaduan.
Fokus 2: Langkah-Langkah
Keselamatan
Peserta mestilah mematuhi peraturan dan arahan yang diberikan.
Pihak pengurusan juga perlu mengutamakan aspek
keselamatan.
Ibu bapa mestilah memantau keselamatan anak-anak
ketika melakukan aktiviti sukan air.
Bahan 2
Fokus 1:Kebaikan Sukan Air
Menyihatkan badan
Membentuk disiplin diri
Memupuk semangat kerjasama
JAWAPAN LENGKAP
Rumusan membincangkan kebaikan sukan air
dan langkah-langkah keselamatan ketika melakukan sukan air.
Antara kebaikan sukan air
ialah mempercepat pengeluaran adrenalina.Seterusnya, jantung juga berdegup kencang bagi menghantar oksigen ke seluruh bahagian tubuh.
Selain itu, membentuk disiplin diri serta memupuk semangat kerjasama. Tambahan
lagi, sukan air berkumpulan dapat memupuk sikap saling
mempercayai, persefahaman dan perpaduan.
Langkah keselamatan ketika
aktiviti sukan air termasuklah peserta mestilah mematuhi peraturan dan arahan yang
diberikan.
Seterusnya, pihak pengurusan juga perlu mengutamakan aspek keselamatan. Akhir sekali, ibu bapa mestilah memantau keselamatan anak-anak ketika melakukan aktiviti sukan air.
Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu memajukan sukan air
supaya sukan air di negara kita mampu bersaing dengan negara-negara dalam sukan ini.