Latihan Karangan Respons Terhad: Faedah Koperasi Sekolah (SPM KSSM)

Cikgu Muzz
By -
0
 
Maklumat di bawah berkaitan dengan koperasi sekolah.
Huraikan pendapat anda tentang faedah kedai koperasi sekolah. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.


Analisis Soalan
  • Isu: Fungsi koperasi / harga buku dan alat tulis di kedai lebih mahal
  • Tugasan: Faedah yang diperoleh daripada koperasi sekolah
  • Format: Karangan jenis perbincangan
Pendahuluan

 

Ayat Rangsangan

harga barang semakin meningkat – tidak terkecuali buku – alat tulis – perlu bijak merancang perbelanjaan – keadaan ekonomi gawat -

Ayat Huraian

punca [pilih satu sahaja] : kos pengeluaran naik saban tahun – ada pihak sengaja mengambil untung yang berlebihan –  menangguk di air keruh – kos sewa kedai

 

Ayat Contoh

harga alat tulis di kedai runcit dan di pasar raya berbeza untuk produk yang sama

Ayat Kesan

tidak semua orang mampu walaupun harga alat tulis masih realistik untuk dibeli – ukur baju di badan sendiri

Ayat Arah

faedah-faedah yang diperoleh daripada koperasi sekolah


CONTOH PERENGGAN PENDAHULUAN
            Meniti kehidupan semasa pascapandemik Covid-19, kehidupan masyarakat di Malaysia sangat teruji dari aspek ekonomi. Dalam masa yang sama kenaikan harga barang keperluan juga semakin mencanak lantaran pelbagai asbab yang disenaraikan. Buku dan alat tulis juga tidak terkecuali menerima tempias kenaikan harga. Meskipun ada sesetengah peniaga sengaja mengangguk di air keruh untuk mendapatkan untung yang berlebihan, namun sebagai pembeli yang bijak kita hendaklah membuat keputusan yang tepat. Hakikatnya, bukan semua individu berkemmapuan dari aspek kuasa membeli meskipun semata-mata buku rujukan dan peralatan tulis untuk kegunaan di sekolah. Sehubungan itu, kewujudan koperasi sekolah perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai faedah daripada koperasi sekolah yang dapat dimanfaatkan oleh komuniti sekolah. 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!