Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Rumusan PT3: Ciri-Ciri Kediaman Impian

 

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah rumusan. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
 
            Sebaik- baiknya rumah terletak di kawasan yang menyediakan kemudahan yang lengkap. Tidak semua orang berpeluang untuk memiliki tempat kediaman yang mempunyai ciri-ciri yang diimpikan berikutan kenaikan harga tanah. Oleh sebab itu, bagi pembeli yang bijak, mereka membeli rumah di kawasan yang nilai hartanahnya akan meningkat lagi seperti padang permainan, rumah ibadat, sekolah, pusat asuhan kanak-kanak, hospital, dan sebagainya. Kehidupan lebih sempurna lagi jika kedudukan rumah jauh dari kawasan perindustrian untuk mengelakkan pencemaran bunyi dan udara. Jangan pilih rumah yang terletak di kawasan yang terlalu padat untuk menghindarkan keluarga daripada terjerumus dalam masalah sosial. Rumah yang selesa terletak di kawasan kejiranan yang mengamalkan sikap tolong-menolong.
 
            Kediaman yang dekat dengan tempat kerja sering menjadi pilihan kerana dapat mengurangkan kos pengangkutan termasuk minyak kenderaan dan tol. Selain itu, pilihlah kawasan perumahan yang mempunyai rangkaian pengangkutan awam yang baik supaya cepat sampai di destinasi, selain dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Anak-anak juga dapat berulang-alik ke sekolah dengan mudah.
 
            Bagi pasangan yang baru berumah tangga, tentunya tinggal di pangsapuri tidak menjadi masalah. Sebaliknya, keluarga yang mempunyai anak ramai lebih selesa jika dapat memiliki rumah yang lebih luas dan mempunyai halaman untuk menyidai pakaian, selain dijadikan tempat anak-anak bermain. Reka bentuk rumah yang cantik dan halaman berbumbung dapat melindungi kereta daripada kepanasan matahari dan hujan. Di sebelah tempat meletak kereta ialah ruang kosong untuk dijadikan taman bunga.
 
            Pilihlah pemaju perumahan yang mempunyai rekod yang baik untuk mengelakkan terbeli rumah yang berkualiti rendah. Lebih menguntungkan jika pemaju mengadakan hari terbuka kerana pembeli dapat melihat rumah contoh dan memperoleh khidmat nasihat tentang proses pembelian rumah.
 
                                                (Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Membeli Rumah Ikut Pendapatan, Fairuz Adam, Berita Harian, April 2019)
 

>>> Jawapan

Post a Comment

3 Comments

  1. ada ke jawapan untuk latihan ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu belum kongsi lagi jawaban utk latihan ni... InsyaAllah, sekejap lagi...

      Delete