Latihan Ringkasan PT3: Punca-Punca Kebakaran

Cikgu Muzz
By -
0
 

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca kebakaran. Panjangnya ringkasan anda hendaklahtidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
 
            Berita tentang kebakaran kerap disiarkan dalam media tempatan. Tragedi ini amat menakutkan kerana bukan sahaja menyebabkan kerugian dan kemusnahan harta benda malah mengorbankan nyawa manusia.
 
                Punca utama berlaku kebakaran ialah suri rumah cuai ketika memasak. Mereka memasak sambil melakukan kerja lain, malahan ada yang meninggalkan masakan untuk berbual-bual dengan jiran. Perbuatan ini memungkinkan peralatan memasak terbakar lalu mencetuskan kebakaran. Membakar sampah terlalu hampir dengan rumah amat berbahaya. Apabila angin kencang bertiup, percikan api akan membakar apa-apa bahan yang mudah terbakar. Ada pula ibu bapa yang tidak mengawasi anak sehingga tidak sedar bahawa anak mereka bermain bahan yang mudah terbakar seperti mancis, kain, kertas, gas, dan minyak petrol.
 
            Kebakaran juga berlaku di sekolah apabila segelintir murid tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Bomba. Contohnya, banyak sekolah berasrama terbakar kerana murid memasak di dalam bilik. Ada juga murid menggunakan pelita dan lilin di dalam bilik ketika mengulang kaji pelajaran. Asrama mereka pula ada yang dibina daripada kayu yang mudah terbakar.
 
            Kebakaran juga berpunca daripada penggunaan alat elektrik dan pendawaian yang telah melebihi sepuluh tahun. Dalam tempoh tersebut, getah penebat yang menyaluti dawai elektrik mungkin telah hancur kerana sudah terlalu lama atau telah dimakan tikus. Hal yang demikian akan menyebabkan berlaku ketirisan elektrik dan berlaku litar pintas.
 
                Terdapat juga pengguna yang kurang arif dalam bidang elektrik, tetapi berani membaiki barangan elektrik yang rosak dan menyambung dawai elektrik. Mereka membuat penyambungan elektrik sendiri dan menambah wayar pada satu soket, kononnya untuk mengurangkan bil elektrik. Penggunaan tenaga elektrik dapat dikurangkan dengan cara pengguna menutup semua suis lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan. Pasang alat pendingin udara yang sesuai dengan keluasan ruang. Sekali-sekala tutup alat pendingin udara supaya berlaku pengaliran udara semula jadi di dalam rumah. Pasang lampu voltan rendah di laluan tangga, koridor, dan stor kerana ruang ini tidak memerlukan cahaya yang terang.
 
                                    (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rahsia Kediaman Jimat Elektrik, Hamidon Abdullah, Berita Harian, 28 Disember 2018)
 

>>> Jawapan

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!