Resensi Novel Menantu Komando Pencen Karya Cik Tet
oleh -Cikgu Muzz
Julai 15, 2021
0
Judul: Menantu Komando Pencen Penulis: Cik Tet Penerbit: Kaseh Aries Publication Tahun: Cetakan Kelima Februari 2020 Bilangan Halaman: 638 muka surat Ulasan: Kata orang
cinta pandang pertama itu sekadar khayalan.namun, lain pula jadinya kepada si
jejaka empunya nama Kalif Adrian. Kalif telah kehilangan hatinya saat pertama
kali menatap wajah Seri Rania. Pertemuan tanpa dirancang di lapangan terbang
itu menjadi titik tolak utama pertemuan kedua yang juga tanpa dirancang oleh
mereka. Nampak sangat pertemuan mereka sudah dirancangn sejak azali. Kata orang
kalau sudah jodoh, terpisah tujuh lautan sekalipun pasti ketemu juga, inikan
pula sekadar Kuala Lumpur dan Kedah. Rania
memberikan hak kepada ayahnya untuk mencarikan pasangan hidup sementelah
dikecewakan oleh tunang dalam menghitung masa saja untuk dinikahkah. Kecewa
menjadikan gadis itu seolah-olah hilang arah tuju, sehinggalah Kalif
menghulurkan pekerjaan sebagai pembantu peribadi. Rania tidak sudi. Namun dia
tidak punya pilihan lain untuk keluar dari kampung melainkan itulah
satu-satunya cara. Tanpa Rania
sedar ada satu komplot besar berlaku di belakangnya. Meskipun ada bayangan yang
diberikan Kalif tanpa kukuh, namun Rania tidak dapat menangkapnya sama
sekali.Saat kebenaran terlerai, Rania
sudah jauh menysuup dalam kehidupan Kalif. Jalan pualng seakan sudah tertutup,
sedangkan jalan di hadapan terang-benderang dengan seribu satu keindahan yang
menjanjikan. Namun, rasa dikhianati, pembohongan yang tercipta membuatkan kaki
Rania terpasung seketika untuk melangkah mendekati bahagia yang sudah menghuni
hatinya. Menantu
Komando Pencen merupakan naskhah Cik Tet yang pertama Muz baca. Rasa rugi pula
selama ini memandang sepi novel beliau hanya kerana nama penannya rasa sedikit
pelik berbanding penulis lain. Kelakar kan? Penggunaan sudut pandnagan diri
pertama, atau ‘aku’ biasanya agak mencabar bagi penulis untuk mengadun cerita
dengan menarik, namun naskhah ini berjaya melepas piawaian itu. Penulis bijak
mewariasikan sudut pandnagan pertama dan ketiga meskipun dalam jalur cerita
yang sama dengan agak baik. Kata orang nak
buat orang menangis dan sedih itu lagi mudah daripada membuat orang ketawa. Apatah
lagi mediumnya ialah buku bukan drama atau telefilem di kaca televisyen. Namun,
ada beberapa bahagian dalam Mennatu Komando Pencen yang boleh membuatkan pembaca
ketawa lepas. Hilang stres sekejap. Terasa diri hanyut di bawa masuk dalam
kelompok ikatan keluarga yang penuh kasih sayang. Ahli keluarga yang saling
menghormati dan melengkapi antara satu sama lain terasa begitu dekat dengan
jiwa. Tuntasnya,
novel tulisan Cik Tet berjudul Menantu Komando Pencen ini sangat sesuai untuk
dibaca oleh semua lapisan peringkat umur sebagai santapan hiburan ringan. Meskipun
novel ini agak tebal dengan ketebalan 638 halaman, namun anda pasti tidak akan
bosan melayari adunan kisah Kalif dan Rania. Kesimpulan: