Resensi Novel Maaf Tak Indah Karya Emy Roberto

Cikgu Muzz
By -
0
 

Judul: Maaf Tak indah
Penulis: Emy Roberto
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Tahun: April 2018
Bilangan Halaman: 258 muka surat
 
Ulasan:
Novel Emy Roberto berjudul Jangan Benci Cintaku tengah hangat di kaca TV dalam Slot Akasia. Sebenarnya, Muz dah lama ikuti karya penulis ni. Dan salah sebuah novel Emy Roberto yang diterbitkan Idea Kreatif semasa PBAKL 2018, baru dibuka malam semalam. Tak sampai beberapa jam habis baca!
 
Jarang kita dengar sebuah ikatan perkahwinan yang bersulam cinta dan bahagia hancur disebabkan oleh seorang yang bernama wanita. Jarang-jarang juga kita dengar bahawa seorang isteri kekal hanya mahu bergelar isteri tanpa mahu memegang status ibu.
 
Ya, Syazan memilih untuk menggurkan kandungan berusia 7 bulan; sayangnya zuriat pertamanya bersama Raime itu tidak mati seperti yang dihasratkan. Dan sebermula itu, semua yang pernah indah dalam hidup Syazan direntap pergi sekelip mata. Tidak ada lagi belaian kasih seorang suami. Tidak ada lagi bicara sayang mereka yang bergelar ibu dan bapa.
 
Syazan benar-benar sendiri, apabila dia diceraikan suami, dan langsung tidak diberikan peluang untuk menzahirkan tanggungjawab seorang ibu. Ibu? Layakkah dia bergelar seorang ibu, sedangkan dia juga adalah pembunuh anak itu?
 
Dan saat Syazan luluh dalam khilaf tingkah, hadir denyutan baharu dalam rahim, yang disembunyi tanpa diketahui, dan menjadi paksi kekuatan kebangkitan diri. Masih adakah yang indah buat Syazan? MAAF TAK INDAH punya jawapan!

Kesimpulan:
★★★★
 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!