Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Jawapan Rumusan PT3: Ciri-Ciri Kediaman Impian

 

CADANGAN JAWAPAN RUMUSAN CIRI-CIRI KEDIAMAN IMPIAN
 
Pendahuluan
Petikan membincangkan ciri-ciri rumah yang perlu diteliti sebelum membelinya.
 
Isi-Isi Penting
      1. Pembeli yang bijak akan membeli rumah di kawasan yang nilai hartanahnya akan meningkat lagi.
      2. Membeli rumah di kawasan yang menyediakan kemudahan yang lengkap.
      3. Kehidupan lebih sempurna jika rumah jauh daripada kawasan perindustrian.
      4. Jangan membeli rumah yang terletak di kawasan yang terlalu padat.
      5. Rumah yang selesa terletak di kawasan kejiranan yang mengamalkan sikap tolong-menolong.
      6. Pilih kediaman yang dekat dengan tempat kerja.
      7. Pilih kediaman yang mempunyai rangkaian pengangkutan awam yang baik.
Kesimpulan
Kesimpulannya, setiap individu perlulah bijak memilih rumah agar hidup lebih selesa.
 
Jawapan Lengkap
 
Petikan membincangkan ciri-ciri rumah yang perlu diteliti sebelum membelinya.
 
Salah satu ciri rumah yang perlu diteliti ialah membeli rumah di kawasan yang menyediakan kemudahan yang lengkap dan mempunyai rangkaian pengangkutan awam yang baik. Seterusnya, tidak membeli rumah yang terletak di kawasan yang terlalu padat. Selain itu, membeli rumah yang jauh daripada kawasan perindustrian untuk kehidupan yang lebih sempurna. Akhir sekali, membeli rumah di kawasan kejiranan yang mengamalkan sikap tolong-menolong serta kediaman yang dekat dengan tempat kerja.
 
Kesimpulannya, setiap individu perlulah bijak memilih rumah agar hidup lebih selesa.

Post a Comment

0 Comments