Di dalam sebuh
lif yang penuh sesak, Rozita geram melihat suaminya Zain yang nampak riang
kerana dihimpit oleh seorang wanita yang cantik dan seksi.
Ketika lif
sampai ke bawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Zain.
Tampar yang betul-betul tampar. Terteleng kepala Zain dibuatnya.
Sambil berjalan
keluar dari perut lif, wanita itu membebel, “Jantan tak guna. Tak tahu malu.
Berani kau raba punggung aku. Rasakan!”
Zain
tercengang dengan tamparan percuma yang diterimanya. Seketika Zain
terpinga-pinga. Sepantasnya, Zain berpaling melihat Rozita, isterinya.
Zain: Sumpah
sayang! Abang tak raba pun punggung perempuan tu. Percayalah!
Rozita: Ya
abang, Ita percaya.
Zain: Terima
kasih kerana percayakan abang. Tak fasal-fasal abang dapat penampar free. Tapi
macam mana sayang percaya abang tak raba punggung perempuan tu?
Ita: Sebab Ita
yang raba punggung perempuan tu!