Judul: Mr. Hot Daddy Penulis: Mumlinz Penerbit: Linz Novel Enterprise Bilangan Halaman: 438 muka surat Tahun: April 2021 Ulasan: Naskhah Mr.
Hot Daddy mengisahkan cerita seorang doktor duda berusia pertengahan 30-an dan
seorang gadis awal 20-an yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hospital
swasta. Pertemuan yang bermula antara seorang doktor dan tukang cuci kemudian
bersambung di atas jalan raya sebagai seorang pemandu dan pelintas jalan dalam
sebuah kemalangan, seterusnya berlarutan kepda seorang tuan rumah dan tukang
masak sebelum berakhir sebagai pasangan suami isteri. Ilham Wazir dan Amanda
Aisyah merupakan watak utama dalam novel ini. Disokong oleh watak Umi Yani,
Firash dan Khalid bagi menyokokng sisi watak utama heroin. Manakala, watak Umi,
Ariq, Haq, Su, dan Lina pula muncul pada sebelah watak hero. Mr. Hot Daddy
edisi revamp ini didatangkan dalam edisi kulit tebal. Novel tulisan Mumlinz ini
masih mengekalkan hubungan romantis antara pasangan suami isteri sebagai
makanan utama pengikat hati pembaca. Konflik yang timbul dalam novel ini tidak
banyak dan konflik yang datang tidak berlarutan lama. Ringkasnya, Mr. Hot Daddy
merupakan sebuah cerita easy going. Dengan ketabalan sederhana sebanyak 438
muka suka surat pembaca boleh menyudahkan cerita ini dalam beberapa jam sahaja. Moral yang
diselitkan dalam novel ini ialah kepentingan hidup berkeluarga. Ikatan dan
kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak. Ketentuan takdir dan penerimaan
terhadap manusia tanpa mengira kelas dan darjat. Edisi kulit tebal Mr. Hot
Daddy ini merupakan keluaran terhad. Bagi mereka yang berminat anda boleh klik LINK ini untuk membuat pembelian. Kesimpulan: