Judul: Jampi Cinta Buat Dato’ F
Penulis: Cik Tet
Penerbit: Kaseh Aries Publication Sdn. Bhd
Bilangan Halaman: 524 muka surat
Tahun: Cetakan Kedua Disember 2019
Ulasan:
Anggerik.
Namanya persis bunga. Kejadian rupa parasnya juga cantik. Anggerik yang
kehilangan bapa, mengikut ibu yang kurang upaya balik ke kampung menumpang
hidup bersama ibu saudara yang tidak ada rasa belas. Dalam perancangan jahat,
sepupu dan ibu saudara Anggerik menikah bersama Dato’ Firdee Arhan atau disapa
sebagai Dato’ F.
Perkahwinan
yang bermula dengan satu misi jahat yang dirancang oleh tangan-tangan ghaib
meletakkan Anggerik dalam situasi yang sukar. Misi Anggerik adalah menundukkan
Firdee. Dan saban malam Firdee tumpas dalam godannya. Malangnya, dua kali
Anggerik gagal menyempurnakan perancangan untuk membunuh lelaki itu. Saat nyawa
ibu Anggerik dijadikan sebagai ugutan, Anggerik tidak mempunyai pilihan lain
selain menamatkan nyawa suami dengan memilih untuk menyelamatkan nyawa ibunya
sendiri.
Ketika rahsia
terbongkar, saat Anggerik tumpas dalam melaksanakan misi, segala-galanya
bertukar posisi 360 darjah. Namun, kebenaran pasti akan terungkap meskipun
kebatilan nampak seolah-olah menang pada awalnya. Nak tahu apa yang terjadi,
kenalah baca Jampi Cinta Buat Dato’ Fversi novel tulisan Cik Tet ini.
Kesimpulan:
★★★