Judul: Tan Sri Si Duda Hot
Noah duda kematian isteri berusian 40-an yang tidak dikurniakan zuriat. Aina ialah anak sahabat baik Noah sendiri. Aina lahir ke dunia sebelum Noah kahwin pertama kali. Namun jalan cerita ini menemukan Noah dan Aina sebagai pasangan suami isteri. Kalau nak fikirkan ikut logik akal kenapa hendak menjaga amanah sampai perlu kahwin, tetapi dah nama pun cerita rekaan, janganlah persoalkan. Bahkan ada sahaja terjadi dalam realiti.
Paling menarik dan mencuit hati dalam novel ini pastinya watak Mak Ani, iaitu ibu kepada Noah. Mak Ani sangat sempoi. Wataknya cukup lucu dan bersahaja. Rancangan Mak Ani ajar Aina untuk pikat Noah sesudah bergelar isteri kepada lelaki itu memang rare. Tak boleh dibayangkan mak mentua boleh jadi sebegitu open! Tapi itulah usaha Mak Ani untuk menyatukan Noah dan Aina sebagai suami isteri dalam erti kata sebenar, apath lagi awalnya Noah berkahwin dengan Aina hanya kerana desakan Mak Ani.
★★★