Resensi Novel Bisikan Cinta Mr. Riezman Karya Cik Tet

Cikgu Muzz
By -
0
 

Judul: Bisikan Cinta Mr. Riezman
Penulis: Cik Tet
Penerbit: Nik Azma@Cik Tet
Bilangan Halaman:  349 muka surat
Tahun: Cetakan Kedua April 2021
 
Ulasan:
Pertemuan sejak kanak-kanak membibitkan cinta. Cinta pandang pertama seawal zaman kanak-kanak mungkin nampak khayalan tetapi itulah realiti yang ditampilkan dalam novel Bisikan Cinta Mr. Riezman. Keseluruhan karya ke-16 Cik Tet ini hanya bertumpukan usaha Riezman untuk memikat Suri Dahlia. Riezman yang gemuk semasa kecil tampil dalam aura kacak dan tampan saat dewasa untuk menjejak hati Suri Dahlia yang bergelar cikgu.
 
Watak ibu bapa Suri Dahlia didatangkan daripada naskhah Mahbbah Cinta Terindah Adam dan Hawa. Terdapat beberapa perenggan yang terlihat sengaja diwujudkan bagi mengingatkan kembali pembaca kepada kisah Adam dan Hawa ketika mereka muda. Bagi pembaca yang tidak membaca novel Mahbbah Cinta Terindah Adam dan Hawa pasti akan ada rasa terganggu. Sejujurnya, admin sendiri kurang gemar naskhah yang mengundang watak-watak terdahulu sama ada novel sebelumnya sedia dibaca apatah lagi jika tidak pernah membacanya.
 
Sikap Cikgu Airil lelaki yang menyukai Suri Dahlia yang mengajar di sekolah yang sama juga agak menjengkelkan. Tingkah laku yang dipaparkan dalam naskhah ini tidak melambangkan etika kerja sebagai seorang guru apatah lagi ketika berada di sekolah dan ketika aktiviti perkhemahan yang mengundang jurang antara hubungan Riezman dan Suri.
 
Pendek kata Bisikan Cinta Mr. Riezman merupakan naskahh ringan yang boleh dijadikan santapan mata ketika masa lapang.
 
Kesimpulan:
★★
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!