Resensi Novel Berikan Kesempatan Karya Hani Fazuha

Cikgu Muzz
By -
0


Judul: Berikan Kesempatan
Penulis: Hani Fazuha
Penerbit: Ides Kreatif Publication
Bilangan Halaman:  264 muka surat
Tahun: 2019

Ulasan:
Rasanya ini merupakan novel Hani Fazuha yang paling pendek dan ringkas pernah dibaca. Ceritanya simple sangat. Perkahwinan yang tidak dirancang akhirnya disudahi dengan kebahagiaan. Cukupkah ulasan dua ayat itu sahaja? Gurau, okay!
 
Rafeeq berkahwin dengan Humaira atas permintaan papanya. Humaira kebetulan membantu papa Rafeeq, Tan Sri Razak yang kemalangan dan seterusnya bekerja sebagai pembantu jurur rawat di kediaman Tan Sri Razak dan Rafeeq  Namun itu bukan pertemuan kali pertama Rafeeq dan Humaira. Humaira pernah bekerja sebagai tea lady di pejabatnya sebelum disingkirkan atas tuduhan mencuri.
 
Konflik timbul disebabkan bekas kekasih Rafeeq yang ditangkap curang bersama rakan baiknya sendiri muncul menagih kasih. Namun, pengakhirannya masih indah buat Humaira dan Rafeeq. Kata penulisnya, ini cerita bodoh-bodoh yang asalnya mahu dijadikan zine, kalau anda mahu membaca bolehlah mencari di man-mana toko buku dalam talian, kerana novel ini edisi terhad yang barangkali tidak akan ditemui di kedai buku fizikal di luar sana.
 
Kesimpulan:
★★


Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!