Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Wanita dalam masyarakat tradisional lebih terkongkong dengan adat resam dan peraturan tertentu. Mereka laksana (i).......... kerana tidak bebas untuk pergi atau melakukan sesuatu tanpa kebenaran ibu bapa atau pihak lelaki. Namun (ii).......... apabila peralihan zaman yang serba maju dan moden dengan teknologi ini membuka ruang kepada golongan wanita untuk terlibat dalam pelbagai bidang yang dimonopoli oleh golongan lelaki pada masa lalu. Malahan golongan wanita kini setaraf dengan golongan lelaki ibarat (iii)......... kerana wanita juga mampu menjadi pemimpin utama di beberapa buah negara di dunia.
(Sumber: Internet)
[6 markah]