Resensi Novel Dean Karya Cik Bawang

Cikgu Muzz
By -
0
 

Judul: Dean
Penulis: Cik Bawang
Penerbit: Ceritera Cinta Enterprise
Tahun: April 2021
Bilangan Halaman: 456 muka surat
 
Sinopsis:
Dalam hidup perlua ada teman. Keseorangan itu mengahntar sunyi. Dan sunyi itu sebenarnya membunuh dalam diam. Dina, dia sendiri sebenarnya meskipun ada ibu dan bapa. Wujud sebagai anak yang tidak disayangi bahkan sepupunya, Julia pula yang ditatang bagaikan minyak penuh oleh kedua-dua ibu bapa membuat hati Dina dicarik-carik menjadi kepingan yang berlagu sendu. Mujur ada emak, pembantu rumah yang membelanya sejak bayi, bahkan emaklah juga menyusukannya saat ibu kandunganya sendiri menidakkan hak Dina yang pertama kali menjengah ke dunia itu.

Takdir merampas ibu kandung kepada Dina,namun suratan bukan sahaja menghadirkan emka kepada Dina sebaliknya Umi juga menghantar kasih sayang yang melimpah kepadanya. Umi ibu kepada Dean. Ah, lelaki itu. Fauzan Ad-Deen. Lelaki yang pertama kali rapat dalam hidupnya sejak kecil. Lelaki yang bernama sahabat. Lelaki yang mencuri rasa dalam diam. Lelaki yang sama-sama mengheretnya ke lembah hina yang belum mampu disucikan kembali dirinya walau dibasuh dengan sebaldi air zam zam.
Dina tahu dia dan Dean ada dua jiwa seakan dalam satu jasad. Tanpa Dean, Dina nanar. Tanpa Dina, Dean penasaran. Lalu kenapa Dean hadirkan Qaseh antara mereka? Dan setelah Dina juga yang dijejaki oleh Dean semula, kenapa pula Qaseh juga yang dicari Dean? Apakah Dina sekadar pakaian saat hati kosong? Adakah maruah Dina sebegitu murah pada pandangan mata seorang lelaki bernama Fauzan Ad-Deen? Jawapannya tentu sahaja dalam naskhah berjudul Dean karya Cik Bawang ini!
 
Keterangan Penulis:
Naskhah ini merupakan tulisan pertama oleh Cik Bawang yang Muz baca. Kalau bukan kerana pakej kombo barangkali tidak berpeluang untuk membaca hasil tulisan penulis ini, sebabnya dalam kurang lebih 6-7 tahun kebelakangan ini hanya novel tulisan daripada penulis yang sedia dan terbiasa dengan gaya penulisan mereka sahaja yang dibeli. Cik Bawang sudahpun memilik empat buah novel versi cetak, iaitu Abang Gnagster Falls In Love, Dia Jejaka Eksklusif, Tefal Orked Punya dan Hero Untuk Heroin. Gaya penulisan bersahaja daripada penulis ini pasti mampu mencuri ramai peminat novel untuk menekuni penulisan beliau hingga ke akhir pembacaan.
 
Ulasan:
Setiap orang belum tentu baik, tetapi pasti ada kebaikan daripada diri seseorang. Petikan kata-kata yang mendukung maksud penuh tersirat sebelum permulaan prolog ini sahaja sudah cukup menjentik emosi untuk memulakan pelayaran pembacaan kisah Dina dan Dean. Kisah antara dua orang insan yang berlainan jantina yang bernama sahabat, seolah-olah membuktikan antara seorang lelaki dan perempuan sukar untuk terjalin persahabatan semata-mata kerana kadang kala hati akan tergelincir, rasa akan tersasar, lalu bermulalah bahasa hati yang mengorbankan ikatan persahabatan dan melahirkan bibit percintaan. Tidak salah mencipta kasih dengan insan yang pernah bernama sahabat, namun mencipta dosa kerana ulah nafsu yang membara, apatah lagi tanpaka lafaz cinta pengikat janji khilaf yang berulang kali dilakukan dengan rela membuatkan Dina terpana, saat Dean yang payah dijejaki dalam dua bulan kembali dengan seseorang yang bernama Qaseh.
 
Dina memendam rasa. Dina menjeruk hati. Dean menyimpan rasa. Dean menolak kata hati. Akhirnya Dina dan Dean terpisah, bukan kerana takdir yang tertera, namun disebabkan payahnya bersuara untuk emngungkap rasa. Naskhah ini mendidik pembaca untuk berterus-terang. Berbicaralan andai mampu dituturkan. Paling tidak tulislah dengan tulisan bisu kerana dengan itu setidak-tidaknya isi hati dapat dilepaskan. Pendam dan simpan tidak akan membantu menyelesaikan apa-apa, seperti ceritera Dina dan Dean yang pengorbanannya sia-sia kerana salah faham yang timbul dan tindakan yang diambil tanpa komunikasi yang seharusnya dihadirkan dalam sesebuah perhubungan.
 
Namun, itulah adat hidup. Pasang surut rasa. Ombak badai sir mata. Hilai tawa bahagia. Semua ini akan saling berganti, silih berputar mewarnai kehidupan. Ada masa merah terang. Ada ketika kelabu kelam. Ada saat hijau mendamaikan. Apapun warnanya, hadapilah hidup setabah Dina. Tekunilah takdir seteguh Dean. Sesuatu yang istimewa tentang novel ini, setiap permulaan babnya pasti akan ada bait-bait tulisan yang penuh tersirat makna sama da dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang menjadi penghubung rasa tatkala mata dan jiwa hanyut dalam hikayat hidup Dean dan Dina.
 
Kesimpulan:
★★★★
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!