Sahabat anda dari Australia bertanyakan tentang industri pelancongan di Malaysia menerusi e-mel. Berdasarkan bahan-bahan berikut, balas e-mel sahabat anda itu. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Daripada: |
tengkuzahrah@yahoo.com.my |
Kepada: |
bryan_marcus@gmail.com |
Subjek: |
Malaysia Syurga
Pelancongan |
Bryan, Apa khabar, saudara di sana? Saya dan keluarga sihat-sihat
sahaja. Saya sekeluarga baru sahaja pulang bercuti dari tanah tinggi Cameron.
Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana kamu berminat mengetahui
tentang pelancongan di sini. Malaysia yang disenaraikan sebagai 10 negara destinasi
pelancongan terbaik di dunia memiliki keindahan alam semula jadi seperti
hutan simpanan, gunung-ganang, pulau peranginan dan pantai. Antara destinasi
yang menawarkan pemandangan yang indah ialah Gunung Kinabalu yang terletak di
Sabah. Kamu boleh mendaki gunung ini dan merasai pelbagai pengalaman yang
mencabar. Kunjungan ke tempat-tempat bersejarah di
Malaysia dapat menambahkan pengetahuan sejarah kamu di samping menambahkan
pengalaman kerana dapat menyaksikan tempat-tempat bersejarah dengan mata
sendiri. Tempat bersejarah yang paling terkenal ialah Kota A Famosa yang
lokasinya di Melaka. Kota ini menjadi bukti bahawa Melaka pernah dijajah oleh
Portugis pada abad ke-16. Seterusnya, kamu juga dapat menambah pengalaman
keunikan pelbagai budaya masyarakat tempatan di sini. Kepelbagaian budaya ini
menjadi aset kepada industri pelancongan di Malaysia. Antaranya ialah Pulau
Pinang yang pernah disenaraikan sebagai negeri yang wajib dilawati oleh
sebuah portal antarabangsa. Pelbagai makanan istimewa seperti nasi kandar,
pasembur, martabak dan rojak boleh kamu nikmati di sini. Setakat ini sahaja penerangan saya. Saya berharap agar penjelasan ini dapat memikat hati untuk melancong ke Malaysia. Sahabatmu, Zahrah |