Panduan Penskoran Karangan Bahagian A SPM KSSM

Cikgu Muzz
By -
0


Penskoran soalan karangan dilakukan secara holistik. Pemeriksa akan membaca keseluruhan karangan buat kali pertama tanpa membuat sebarang penandaan. Pada bacaan pertama ini pemeriksa akan mengenal pasti sama ada karangan yang ditulis menjawab kehendak soalan atau sebaliknya.
 
Semasa bacaan kali kedua, pemeriksa akan menanda setiap isi yang relevan yang menjawab kehendak soalan. Dalam masa yang sama pemeriksa akan menandakan setiap kesalahan yang terdapat dalam karangan tersebut. Antara kesalahan dalam karangan yang akan ditanda oleh pemeriksa ialah:
 
  • Kesalahan tanda baca – dibulat
  • Kesalahan ejaan – dipalang
  • Kesalahan ejaan berulang – dipalang berganda
  • Kesalahan tatabahasa, bahasa, imbuhan, frasa, ayat – digaris
  • Kesalahan  isi dan fakta – dikurung

Setelah selesai menanda pada bacaan kedua, pemeriksa akan melihat keseluruhan karangan secara holistik secara beriringan dengan panduan penskoran. Pemeriksa akan meletakkan karangan  dalam kategori, sama ada cemerlang, kepujian, memuaskan, kurang memuaskan, pencapaian minimum atau tidak mencapai pencapaian minimum. Pemeriksa akan menilai setiap rubrik yang ditetapkan dalam setiap kategori bagi mengenal pasti tahap karangan tersebut.
 
Sejurusnya, karangan yang diletakkan dalam kategori cemerlang hingga kurang memuaskan akan dinilai semula berdasarkan rubrik penskoran, sama ada layak berada pada tahap atas atau bawah dalam setiap kategori. Setelah markah diputuskan, penolakan untuk kesalahan ejaan antara ½ markah hingga maksimum 3 markah akan dipertimbangkan. Berikutnya, baharulah markah akhir akan dimuktamadkan.

Berikut merupakan cadangan panduan penskoran untuk Karangan Bahagian A,  SPM Bahasa Melayu KSSM. Untuk peringatan panduan ini sekadar cadangan sahaja kerana belum ada panduan penskoran muktamad daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia sehingga catatan ini dimuat naik.


PERINGKAT

MARKAH

KRITERIA
CEMERLANG
26 – 30

Tahap Atas
(28 – 30)

Tahap Bawah
(26 – 27)
  1. Karangan menepati tema  bahan rangsangan.
  2. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. 
  3. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. 
  4. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. 
  5. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
  6. Wacananya lengkap. 
  7. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik.
  8. Isi relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.
KEPUJIAN
20 – 25

Tahap Atas
(23 – 25)

Tahap Bawah
(20 – 22)
  1. Karangan menepati tema bahan rangsangan
  2. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. 
  3. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. 
  4. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.
  5. Penggunaan kosa kata luas.
  6. Wacananya lengkap. 
  7. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.
  8. Isi relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.   
MEMUASKAN
15 – 19

Tahap Atas
(17 – 19)

Tahap Bawah
(15 – 16)
  1. Karangan masih menepati tema  bahan rangsangan
  2. Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat.
  3. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat.  
  4. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. 
  5. Penggunaan kosa kata umum.
  6. Wacananya masih lengkap. 
  7. Unsur bahasa masih bervariasi.
  8. Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan. 
  9. Huraian idea masih jelas.

 
 
KURANG MEMUASKAN

 
 
10 – 14

Tahap Atas
(12 – 14)

Tahap Bawah
(10 - 11)

  1. Karangan  masih/kurang menepati tugasan bahan rangsangan
  2. Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat. 
  3. Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara.
  4. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara. 
  5. Penggunaan kosa kata terhad.
  6. Wacana kurang lengkap. 
  7. Unsur bahasa kurang bervariasi.
  8. Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan dan huraiannya kurang jelas.
PENCAPAIAN MINIMUM

 
(06 – 09)
 

  1. Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.
  2. Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.
  3. Idea tidak menepati tema bahan rangsangan.
TIDAK MENCAPAI TAHAP PENCAPAIAN MINIMUM
(01 – 05)
  1. Calon lemah hingga tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis
 


Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!