Latihan Karangan Domain Awam: Implikasi Pengangguran Kepada Masyarakat

Cikgu Muzz
By -
0
 

KARANGAN BAHAGIAN B: DOMAIN AWAM
Kuala Lumpur: Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kadar pengangguran pada Mac meningkat kepada 3.9 peratus, tertinggi sejak Jun 2010 (3.6 peratus). Jumlah penganggur di negara ini terus meningkat kepada 610 500 orang bagi Mac 2020 berbanding 521 300 tempoh sama tahun lalu dipengaruhi oleh impak negatif Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas pasaran buruh.
 
(Sumber : Harian Metro bertarikh 9 Mei 2020)
 
Petikan akhbar di atas menunjukkan jumlah penganggur di Malaysia yang meningkat pada tahun 2020 berbanding tahun 2019 yang dikatakan berpunca daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Huraikan implikasi-implikasi pengangguran ini kepada masyarakat di Malaysia. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.

Cadangan isi-isi karangan:
  1. Kadar kemiskinan meningkat
  2. Kadar jenayah berpotensi bertambah
  3. Konflik keluarga
  4. Masalah kesihatan

CONTOH PENDAHULUAN & ISI

(NAIM BUKHARI MUSTAKIM – SMK BANDAR BARU PERDA)

Sejak akhir-akhir ini pengangguran di Malaysia amat membimbangkan. Hal ini wujud akibat daripada Perintah Kawalan pergerakan (PKP) disebabkan oleh COVID-19. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kadar pengangguran pada Mac 2020 meningkat kepada 3.9 peratus yang merupakan angka tertinggi sejak Jun 2010 (3.6 peratus). Hal ini mengundang pelbagai impak khususnya kepada masyarakat. Persoalan yang sering bermain-main dalam gawang pemikiran saya ialah, apakah implikasi-implikasi pengangguran ini kepada masyarakat di Malaysia?

Sudah terang lagi bersuluh, kadar kemiskinan yang meningkat ialah implikasi pengangguran yang paling dominan kepada masyarakat di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana hasil kajian fakulti pengajian ekonomi dan pengurusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia menunjukkan lebih 800 000 orang telah hilang pekerjaan di negara ini sejak PKP dilaksanakan. Kebanyakan individu yang hilang pekerjaan yang dikenal pasti adalah dari bidang perniagaan. Tamsilnya peniaga kecil yang berniaga di pasar pagi, pasar malam dan menjaja di tepi jalan. Akibatnya, mereka mengalami masalah kewangan yang serius. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa kadar kemiskinan yang meningkat merupakan implikasi utama pengangguran kepada masyarakat di Malaysia.

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!