CADANGAN JAWAPAN
RUMUSAN SPM KSSM: PANTUN MELAYU Bahan 1 Fokus 1: Kelebihan pantun. Menerusi pantun, masyarakat Melayu tradsional
menyampaikan pelbagai nasihat. Meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan
masyarakat. Memainkan peranan yang penting dalam upacara yang
melibatkan adat istiadat. Satu teknik menyindir atau menempelak seseorang itu
dengan lebih sopan. Menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu
perkara. Mencabar ketangkasan fikiran. Bahan 2 Fokus 2: Punca pantun dilupakan. Pantun tidak dikenalkan kepada remaja sejak kecil. Pantun tidak digunakan dalam kehidupan seharian kerana
berasa malu untuk menuturkannya. Pantun dipelajari hanya untuk lulus peperiksaan
menyebabkan tidak sebati dalam jiwa. Selalu menggunakan bahasa moden menyebabkan ruang
menggunakan pantun terbatas. JAWAPAN LENGKAP Rumusan membincangkan kelebihan pantun dan punca
pantun di lupakan. Antara kelebihan pantun ialah menerusi pantun,
masyarakat Melayu tradsional menyampaikan pelbagai nasihat. Seterusnya, pantun
digunakan meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat. Tambahan
lagi, pantun memainkan peranan yang penting dalam upacara yang melibatkan adat
istiadat serta digunakan sebagai satu teknik menyindir atau menempelak
seseorang itu dengan lebih sopan. Di samping itu, kelebihan pantun juga ialah menggambarkan
rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara dan mencabar ketangkasan fikiran. Sebab-sebab pantun dilupakan ialah pantun tidak
dikenalkan kepada remaja sejak kecil. Selain itu, pantun tidak digunakan dalam
kehidupan seharian kerana berasa malu untuk menuturkannya. Kesimpulannya, pantun hendaklah terus disuburkan agar
generasi baharu mengenal dan memperluas penggunaannya.