Latihan Rumusan SPM KSSM: Pantun Melayu

Cikgu Muzz
By -
0
 
Baca petikan dan teliti pantun yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
 
BAHAN 1: PETIKAN KEFAHAMAN
 
            Ciri pantun Melayu termasuklah terbina dalam bentuk berangkap dan mengandungi bahagian pembayang dan maksud. Pantun terbahagi kepada pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan 12 kerat. Bagi pantun dua kerat rima akhirnya ialah a-a, manakala rima akhir bagi pantun empat kerat ialah a-b-a-b. Aspek dalaman pantun mempunyai unsur estetik dan isi. Unsur estetik pantun berdasarkan penggunaan lambang tertentu mengikut tanggapan serta pandangan dunia masyarakat Melayu dan berdasarkan hubungan makna antara pembayang dengan maksud sama ada secara konkrit ataupun abstrak.
 
            Masyarakat Melayu tradisional menyampaikan pelbagai nasihat menerusi pantun. Masyarakat Melayu terdahulu kaya dengan pelbagai nasihat dan pengalaman hidup serta amat peka dengan perubahan sesuatu perkara lantas menggunakan pantun sebagai kaedah memberikan peringatan. Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat tanpa mengira batasan sama ada rasa sayang antara kekasih, suami kepada isteri ataupun anak kepada ibu bapa. Masyarakat Melayu sememangnya mementingkan adat istiadat dalam kehidupan sehari-hari. Lantaran itu, pantun juga memainkan peranan yang penting dalam upacara yang melibatkan adat istiadat. Dalam majlis merisik, bertunang hinggalah majlis perkahwinan, pantun akan dilafazkan sebagai mukadimah atau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran atau untuk menyampaikan maksud di hati.
 
            Pantun juga dilihat sebagai satu teknik menyindir atau menempelak seseorang itu dengan lebih sopan. Pantun juga digunakan oleh masyarakat untuk menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara dengan bahasa yang berlapik dan tidak secara berterus terang. Pantun juga dicipta untuk tujuan mencabar ketangkasan fikiran.
 
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Pantun Melayu Tersirat Makna di Balik Keindahan Kata”, oleh Jaymani Sevanathan, Pelita Bahasa, Februari 2020)
 
 
BAHAN 2: PANTUN EMPAT KERAT

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!