Jawapan Rumusan SPM KSSM: Obesiti

Cikgu Muzz
By -
0
 

CADANGAN JAWAPAN RUMUSAN SPM KSSM: OBESITI
 
Fokus 1: Punca Obesiti
Kurang mengamalkan senaman
Tekanan atau stres
Makan dengan banyak
Mengambil makanan ringan
Tidak mengamalkan pemakanan seimbang
Pengambilan makanan segera
Sikap ibu bapa kurang menjaga pemakanan anak-anak
 
Fokus 2: Cara Mengatasi Obesiti
Selalu bersenam
Makan makanan berkhasiat
Elakkan makanan berat sebelum tidur
Elakkan makanan secara berlebihan
 
JAWAPAN LENGKAP
Rumusan membincangkan punca berlakunya obesiti dan cara mengatasi obesiti.
 
Salah satu punca obesiti ialah kurang mengamalkan senaman. Tekanan atau stres dan makan dengan banyak turut menjadi punca obesiti. Pengambilan makanan ringan dan makanan segera juga antara faktor obesiti. Seterusnya, sikap ibu bapa yang kurang menjaga pemakanan anak-anak turut menyumbang kepada obesiti.
 
Antara cara mengatasi obesiti ialah dengan selalu bersenam dan mengelakkan makan makanan berat sebelum tidur.
 
Kesimpulannya, semua pihak perlu mengatasi obesiti supaya menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!