Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Karangan Pendek PT3] Hari Kantin Sekolah

 
Berdasarkan sebuah maklumat yang disediakan tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.


Pada hari Sabtu yang lalu, SMK Tun Hussien Onn telah mengadakan Hari Kantin bagi tahun 2020. Hari Kantin merupakan acara tahunan di sekolah ini. Saya sebagai ahli Kelab Rakan Sebaya telah mengambil bahagian dengan membuka gerai menjual minuman. Saya dan ahli kelab telah bekerjasama menyediakan barangan jualan. Terdapat aneka minuman yang dijual seperti air milo, sirap, bandung, soya dan laici. Gerai kami mendapat sambutan hangat dan semua air telah habis dijual pada jam 2.00 petang. Walaupun sedikit letih kerana tidak menang tangan melayan pelanggan, namun saya tetap berasa gembira dengan pengalaman yang berharga ini.

Post a Comment

0 Comments