Soalan peribahasa merupakan
soalan wajib yang terdapat pada Bahagian A dalam Kertas 2 Bahasa Melayu SPM
KSSM yang akan mula dilaksanakan bermula Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Soalan
nombor 5 ini merupakan soalan terakhir dalam Bahagian A dalam kertas tersebut.
Terdapat 6 aspek peribahasa yang boleh diuji dalam soalan ini, iaitu merangkumi
simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan dan kata-kata
hikmat. Bentuk soalan peribahasa pula dapat dibahagikan kepada enam
bentuk soalan seperti berikut:
- Memberi maksud peribahasa.
- Mengisi tempat kosong
dengan peribahasa.
- Menyatakan peribahasa
berdasarkan situasi.
- Menyatakan peribahasa
berdasarkan maksud atau hampir sama maksud.
- Memberikan peribahasa sama
maksud atau hampir sama maksud.
- Memberikan peribahasa yang
berlawanan maksud.
BENTUK 1: MAKSUD PERIBAHASABaca petikan di bawah dan nyatakan dua peribahasa yang terdapat dalam petikan tersebut, kemudian berikan maksud bagi peribaha tersebut.
Kita dianjurkan agar mengawal atau mengurus perasaan marah. Perasaan ini perlu
dikawal untuk mengelakkan kesan buruk akibat kemarahan yang tidak dikawal
seperti kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk
padahnya. Hal ini dikatakan demikian kerana kita perlu berhati-hati sebelum
berkata-kata supaya tidak menggores hati orang lain. Pepatah Melayu ada
mengatakan cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Menahan
kemarahan sememangnya satu perkara yang sangat sukar, tetapi mempunyai banyak
kebaikan bukan sahaja kepada orang lain malah kepada diri kita sendiri kerana
berpahit-pahit dahulu, sebelum manis kemudian.
JAWAPAN
- Terlajak perahu boleh
diundur, terlajak kata buruk padahnya – Berhati-hati apabila berkata-kata atau
menyatakan sesuatu kerana apabila sudah diucap tidak boleh ditarik balik.
- Cakap siang
pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar – Berwaspada dan berhati-hati
apabila membicarakans esuatu perkara.
- Berpahit-pahit dahulu,
sebelum manis kemudian – Mendisiplinkan diri pada masa sekarang demi hasil
yang lebih baik pada masa hadapan.
BENTUK
2: ISI TEMPAT KOSONG DENGAN PERIBAHASA SESUAI
Baca
petikan di bawah dengan teliti. Kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Sindiket penipuan siber merupakan salah satu jenayah siber yang kian meruncing
di negara kita. Sebagai rakyat, kita seharusnya sentiasa
berhati-hati dan mengamalkan sikap ______________________________________ agar
tidak menjadi mangsa sindiket-sindiket penipuan ini. Sekiranya telah menjadi
mangsa, segala penyesalan tidak berguna lagi kerana
_____________________________________. Namun, sebijak manapun
penjenayah-penjenayah siber ini, lambat-laun pasti akan berjaya diberkas juga
kerana ___________________________________________.
JAWAPAN
- Ingat sebelum kena, jimat
sebelum habis
- Nasi sudah menjadi bubur
- Sepandai-pandai tupai
melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
BENTUK
3: PERIBAHASA SESUAI BERDASARKAN SITUASI
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan dua peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut
Pada zaman penjajahan, semua penduduk bersatu hati berjuang menentang penjajah
sehingga negara mencapai kemerdekaan. Sekalipun mereka menghadapi pelbagai
kesusahan tetapi hal itu tidak melunturkan semangat mereka kerana situasi itu
sudah dilalui mereka sepanjang masa dan menjadi lumrah hidup. Walaupun ada
pejuang yang ditangkap dan dituduh sebagai penderhaka, namun hal itu tidak
melemahkan semangat mereka yang berkobar-kobar itu kerana mereka tidak mahu
tanah air tercinta ini terus dijajah. Malah mereka lebih rela mati daripada
hidup sebagai abdi di tanah air sendiri.
JAWAPAN
- Bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh
- Alah biasa, tegal biasa
- Biar putih tulang, jangan
putih mata
BENTUK
4: PERIBAHASA BERDASARKAN MAKSUD
Baca
petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan dua peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa
seperti yang terdapat dalam petikan ini.
Beliau seorang wanita yang pemalu. Setiap butir kata yang terucap di bibirnya
penuh kelembutan. Beliau diibaratkan sebagai seorang yang sangat jelita
dan anggun setiap masa. Beliau merupakan seorang wanita yang sempurna di
mata semua orang. Wanita yang dikenali sebagai Azah Aziz ini telah menghembuskan
nafas terakhir pada 9 Julai 2012 ketika berusia 84 tahun. Pemergian beliau
bukan sahaja mengejutkan bahkan ditangisi ramai. Walaupun sudah
meninggal dunia, jasa dan bakti terhadap negara tetap dikenang.
JAWAPAN
- Bagai bulan dipagar bintang
- Harimau mati meninggalkan
belang, manusia mati meninggalkan nama
BENTUK
5: PERIBAHASA SAMA MAKSUD
Petikan
di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa, kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa tersebut.
Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah pepatah paling sesuai kepada mereka
yang terbabit dalam rasuah di negara kita
terutamanya bagi mereka yang berstatus pegawai kerajaan. Mereka lupa, ikan yang di dalam lautan besar-besar sekalipun, termasuk
juga ke dalam pukat. Pada ketika itu, barulah mereka akan
ingat kepada anak isteri, keluarga juga agama. Perkara ini bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.
Seharusnya nilai integriti, jujur dan amanah perlu ditanamkan dalam
diri setiap pelajar dan masyarakat untuk menghentikan gejala
rasuah ini. Bagai melentur buluh, biar dari rebungnya kerana pelajar kita pada hari ini adalah pemimpin harapan pada masa
hadapan.
JAWAPAN
- Ikan yang di dalam lautan
besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat – Sepandai-pandai tupai
melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
- Sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna - Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian
kerugian
- Melentur buluh biarlah dari
rebungnya - Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari
BENTUK
6: PERIBAHASA LAWAN MAKSUD
Petikan di bawah mempunyai
dua peribahasa, senaraikan dua
peribahasa tersebut kemudian nyatakan peribahasa lain yang berlawanan maksud.
Negara Malaysia kini sedang berdepan dengan Pandemik COVID-19. Oleh itu,
peribahasa bagai aur dengan tebing haruslah menjadi pegangan rakyat Malaysia
sebagai salah satu usaha membantu kerajaan melewati penularan musuh yang tidak
kelihatan ini. Kita digalakkan untuk kekal berada di rumah jika tiada keperluan
untuk keluar. Selain itu, semua pihak sama ada pihak kerajaan, swasta atau
Badan Bukan Kerajaan (NGO) harus memainkan peranan masing-masing dalam
memastikan kesejahteraan rakyat terjamin supaya situasi jong pecah, yu
yang kenyang dapat dielakkan.
JAWAPAN
- Bagai aur
dengan tebing – Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
- Jong
pecah, yu yang kenyang – Bersatu teguh, bercerai roboh
Terdapat 6 aspek peribahasa yang boleh diuji dalam soalan ini, iaitu merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan dan kata-kata hikmat. Bentuk soalan peribahasa pula dapat dibahagikan kepada enam bentuk soalan seperti berikut:
- Memberi maksud peribahasa.
- Mengisi tempat kosong dengan peribahasa.
- Menyatakan peribahasa berdasarkan situasi.
- Menyatakan peribahasa berdasarkan maksud atau hampir sama maksud.
- Memberikan peribahasa sama maksud atau hampir sama maksud.
- Memberikan peribahasa yang berlawanan maksud.
Kita dianjurkan agar mengawal atau mengurus perasaan marah. Perasaan ini perlu dikawal untuk mengelakkan kesan buruk akibat kemarahan yang tidak dikawal seperti kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Hal ini dikatakan demikian kerana kita perlu berhati-hati sebelum berkata-kata supaya tidak menggores hati orang lain. Pepatah Melayu ada mengatakan cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Menahan kemarahan sememangnya satu perkara yang sangat sukar, tetapi mempunyai banyak kebaikan bukan sahaja kepada orang lain malah kepada diri kita sendiri kerana berpahit-pahit dahulu, sebelum manis kemudian.
JAWAPAN
- Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya – Berhati-hati apabila berkata-kata atau menyatakan sesuatu kerana apabila sudah diucap tidak boleh ditarik balik.
- Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar – Berwaspada dan berhati-hati apabila membicarakans esuatu perkara.
- Berpahit-pahit dahulu, sebelum manis kemudian – Mendisiplinkan diri pada masa sekarang demi hasil yang lebih baik pada masa hadapan.
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Sindiket penipuan siber merupakan salah satu jenayah siber yang kian meruncing di negara kita. Sebagai rakyat, kita seharusnya sentiasa berhati-hati dan mengamalkan sikap ______________________________________ agar tidak menjadi mangsa sindiket-sindiket penipuan ini. Sekiranya telah menjadi mangsa, segala penyesalan tidak berguna lagi kerana _____________________________________. Namun, sebijak manapun penjenayah-penjenayah siber ini, lambat-laun pasti akan berjaya diberkas juga kerana ___________________________________________.
JAWAPAN
- Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
- Nasi sudah menjadi bubur
- Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan dua peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut
Pada zaman penjajahan, semua penduduk bersatu hati berjuang menentang penjajah sehingga negara mencapai kemerdekaan. Sekalipun mereka menghadapi pelbagai kesusahan tetapi hal itu tidak melunturkan semangat mereka kerana situasi itu sudah dilalui mereka sepanjang masa dan menjadi lumrah hidup. Walaupun ada pejuang yang ditangkap dan dituduh sebagai penderhaka, namun hal itu tidak melemahkan semangat mereka yang berkobar-kobar itu kerana mereka tidak mahu tanah air tercinta ini terus dijajah. Malah mereka lebih rela mati daripada hidup sebagai abdi di tanah air sendiri.
JAWAPAN
- Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
- Alah biasa, tegal biasa
- Biar putih tulang, jangan putih mata
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan dua peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa seperti yang terdapat dalam petikan ini.
Beliau seorang wanita yang pemalu. Setiap butir kata yang terucap di bibirnya penuh kelembutan. Beliau diibaratkan sebagai seorang yang sangat jelita dan anggun setiap masa. Beliau merupakan seorang wanita yang sempurna di mata semua orang. Wanita yang dikenali sebagai Azah Aziz ini telah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Julai 2012 ketika berusia 84 tahun. Pemergian beliau bukan sahaja mengejutkan bahkan ditangisi ramai. Walaupun sudah meninggal dunia, jasa dan bakti terhadap negara tetap dikenang.
JAWAPAN
- Bagai bulan dipagar bintang
- Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa, kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa tersebut.
Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah pepatah paling sesuai kepada mereka yang terbabit dalam rasuah di negara kita terutamanya bagi mereka yang berstatus pegawai kerajaan. Mereka lupa, ikan yang di dalam lautan besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat. Pada ketika itu, barulah mereka akan ingat kepada anak isteri, keluarga juga agama. Perkara ini bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Seharusnya nilai integriti, jujur dan amanah perlu ditanamkan dalam diri setiap pelajar dan masyarakat untuk menghentikan gejala rasuah ini. Bagai melentur buluh, biar dari rebungnya kerana pelajar kita pada hari ini adalah pemimpin harapan pada masa hadapan.
JAWAPAN
- Ikan yang di dalam lautan besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat – Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
- Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna - Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian
- Melentur buluh biarlah dari rebungnya - Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari
Petikan di bawah mempunyai dua peribahasa, senaraikan dua peribahasa tersebut kemudian nyatakan peribahasa lain yang berlawanan maksud.
Negara Malaysia kini sedang berdepan dengan Pandemik COVID-19. Oleh itu, peribahasa bagai aur dengan tebing haruslah menjadi pegangan rakyat Malaysia sebagai salah satu usaha membantu kerajaan melewati penularan musuh yang tidak kelihatan ini. Kita digalakkan untuk kekal berada di rumah jika tiada keperluan untuk keluar. Selain itu, semua pihak sama ada pihak kerajaan, swasta atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) harus memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kesejahteraan rakyat terjamin supaya situasi jong pecah, yu yang kenyang dapat dielakkan.