Latihan Karangan Respons Terhad: Kebersihan Alam Sekitar (SPM KSSM)

Cikgu Muzz
By -
0
 
Maklumat di bawah berkaitan dengan alam sekitar. Huraikan pendapat anda tentang kebersihan alam sekitar. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. 



PERBINCANGAN SOALAN
Dalam soalan karangan di atas terdapat tiga bahan yang diberikan, iaitu pantun, grafik dan petikan artikel. Murid perlu ingat bahawa maklumat daripada ketiga-tiga bahan ini perlu disentuh dalam usaha mendapat markah karangan yang cemerlang. Perlu diingatkan kenyataan mengggunakan maklumat daripada semua bahan tidak bermaksud menggunakan seratus peratus daripada satu-satu bahan. Misalnya, terdapat dua rangkap pantun dalam soalan di atas. Memadai jika murid hanya menyentuh dalah satu daripada inti pati pantun tersebut dalam mana-mana bahagian karangan sama ada perenggan pendahuluan, perenggan isi mahupun perenggan kesimpulan.
 
BAHAN 1: PANTUN
Rangkap pertama pantun membincangkan bumi sebagai anugerah daripada Tuhan yang harus dipelihara. Seterusnya, rangkap kedua mengingatkan bencana yang akan menimpa manusia sekiranya terus membuang masa dan lalai dalam menjaga alam sekitar. Murid boleh menterjemahkan maksud pantun ini dalam penulisan karangan. Satu lagi pilihan yang ada bagi murid ialah menggunakan salah satu daripada pantun tersebut sebagai mukadimah penulisan dalam perenggan pendahuluan.
 
BAHAN 2: GRAFIK
‘Bersihkan lingkungan kita daripada sampah yang tidak perlu untuk masa depan yang lebih baik’; itu merupakan nota ringkas yang terdapat pada poster yang mengajak kita untuk membuang sampah di tempat yang sepatutunya, iaitu tong sampah. Isi dominan yang terdapat dalam poster ini ialah membuiang sampah di tempat yang sepatutnya.
 
BAHAN 3: PETIKAN ARTIKEL
Dalam petikan artikel ini terdapat beberapa langkah oleh pihak berwajib dalam menguruskan alam sekitar dengan lebih baik, iaitu pendekatan bersepadu yang strategik dan sistematik berteraskan kelestarian dalam menguruskan alam sekitar dengan menekankan konsep pembangunan lestari.  Pada masa yang sama pihak industri juga perlu memainkan tanggungjawab terhadap masyarakat dengan tidak memikirkan keuntungan semata-mata.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!