Latihan Karangan Respons Terhad: Faedah Sukan (SPM KSSM)

Cikgu Muzz
By -
0

 

Petikan dan maklumat di bawah berkaitan dengan kegiatan sukan. Huraikan pendapat anda tentang kegiatan sukan kepada golongan mahasiswa. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 perkataan.


Contoh pendahuluan:
Sukan merupakan salah satu aktiviti fizikal yang bukan sahaja boleh menjadi hobi dalam kehidupan seseorang sebaliknya mampu dijadikan sebagai bidang kerjaya. Terdapat beberapa sukan yang popular di Malaysia seperti bola sepak, badminton, hoki, sepak takraw dan boling. Pelaksanaan Hari Sukan Negara merupakan salah satu indikator ke arah melahirkan rakyat Malaysia yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Persoalan yang bermain-main dalam gawang fikiran ialah apakah faedah aktiviti bersukan kepada kita?
 
Cadangan isi daripada petikan artikel:
  • Menyihatkan otak.
  • Menjamin masa hadapan
Cadangan isi daripada grafik:
  • Memberikan impak positif kepada kesihatan
  • Menjadikan minda lebih sihat
  • Mengenal bakat sukan
  • Meningkatkan produktiviti
  • Menzahirkan kesejahteraan menyeluruh
  • Melahirkan negara yang ceria dan rakyat yang bersatu
Maklumat yang terdapat dalam petikan artikel dan bahan grafik di atas tidak semestinya perlu berdiri sendiri dan berasingan dalam sebuah perenggan sahaja. Anda boleh gabung jalin maklumat mengikut kesesuaian. Malah, ada maklumat di atas juga sesuai diserapkan dalam perenggan pendahuluan atau perenggan kesimpulan.
 
Contoh Perenggan Isi
Marilah kita capahkan lensa perbincangan dengan memperincikan faedah aktiviti bersukan kepada setiap individu yang boleh memberikan impak positif kepada kesihatan. Apa-apa sahaja aktiviti sukan yang dilakukan secara konsisten mampu menjadikan badan kita menjadi cergas dan memacu otak menjadi lebih cerdas. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan melancarkan aliran darah dalam tubuh badan. Natijahnya oksigen dapat disalurkan dengan lebih optimum ke otak lalu menjadikan minda menjadi lebih sihat. Hal ini sangat penting kerana otak merupakan organ utama yang mengawal semua aktiviti organ lain, justeru otak yang sihat mampu menzahirkan kesejahteraan yang menyeluruh dalam kehiduapn manusia. Oleh itu, jelaslah aktiviti bersukan membuka lembaran kehidupan yang lebih sihat kepada seseorang individu.

Dalam contoh perenggan isi yang diberikan di atas beberapa maklumat yang terdapat dalam kedua-dua bahan rangsangan dalam soalan telah digabung jalin untuk menghasilkan sebuah perenggan isi karangan yang membincangkan fokus kesihatan.  

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!