Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Enam Soalan Panas Novel Bahasa Melayu SPM 2021 Berserta Contoh Jawapan Lengkap



Tinggal dua hari berbaki sebelum bermulanya peperiksaan bertulis bagi Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Dalam perkongsian ini, cikgu akan kongsi enam soalan novel yang dikategorikan sebagai tajuk panas dalam SPM 2021 untuk kertas Bahasa Melayu 2, 1103/2. Berikut merupakan enam soalan panas novel yang dijangka menerusi soalan 8(ii), Bahasa Melayu Kertas 2.
 
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:
Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
Songket Berbenang Emas, karya Khairudin Ayip
Tirani, karya Beb Sabariah
Silir Daksina, karya Nizar Parman
Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
    1. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang menarik bagi anda sebagai pembaca.
    2. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang membuatkan pembaca berasa simpati.
    3. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang membuatkan anda berasa menyayat hati.
    4. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang memberikan pengajaran kepada anda.
    5. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang memaparkan tentang semangat setia kawan.
    6. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang dapat memberikan kesedaran kepada anda sebagai seorang pembaca.
JAWAPAN SOALAN 1
Novel yang saya pelajari ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat beberapa peristiwa menarik dalam novel ini. Salah satu peristiwa menarik yang termuat dalam novel ini ialah peristiwa merawat pesakit menggunakan kaedah tradisional. Datuk Lili merupakan seorang perawat menggunakan kaedah tradisional yang disegani. Datuk Lili berjaya menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, iaitu ibu kepada Geetha dengan menggunakan herba. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana memberikan pengetahuan tentang kaedah rawatan alternatif dalam menyembuhkan penyakit terutamanya kepadas pesakit yang engga ke hospital untuk mendapatkan rawatan moden. Seterusnya, peristiwa kedua yang menarik dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa memaafkan kesilapan yang dilakukan oleh seseorang. Lili telah memaafkan kesalahan Haziq dan rafiq iaitu anak-anak kepda Che Jah yang telah menculiknya meskipun tindakan mereka itu tidak wajar. Persitiwa ini menarik bagi saya kerana mendidik diri untuk memaafkan kesilapan yang dilakukan oleh pihak lain walaupun orang itu pernah menyakiti kita.
 
JAWAPAN SOALAN 2
Novel yang saya pelajari ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin dan novel Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip. Terdapat satu persitiwa yang membuatkan saya berasa simpati dalam novel Jendela Menghadap Jalan iaitu simpati kepada mangsa keganasan rumah tangga. Dalam novel ini, saya berasa simpati kepada nasib Che Jah yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Che Jah sering didera oleh suaminya, Seman yang gemar berjudi dan meminum arak. Di samping itu, dalam novel Songket Berbenang Emas pula satu peristiwa yang membuatkan saya berasa simpati ialah peristiwa kemiskinan dan kesempitan hidup. Menerusi novel ini, saya berasa simpati kepada nasib Embong sekeluarga kerana kemiskinan yang ditanggung oleh bapa Dahlia itu sehinggakan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan rumah.
 
JAWAPAN SOALAN 3
Novel yang saya pelajari ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khaiorudin Ayip. Terdapat beberapa peristiwa yang menyayat hati dalam novel ini. Salah satu peristiwa menyayat hati dalam novel Songket Berbenang Emas ialah peristiwa mengetahui perbuatan khianat orang lain kepada diri dan keluarga. Peristiwa ini dapat dilihat semasa Bakar, iaitu adik Dahlia sedang mengemas bawah rumah yang berselerak dan menemui dua biji telur ayam berwarna hitam serta berbau busuk yang mengandungi pelbagai bahan untuk tujuan sihir dan khianat terhadap ahli keluarganya. Peristiwa ini menyayat hati saya kerana dugaan demi dugaan menimpa keluarga Dahlia termasuklah perbuatan khianat dan sihir yang dilakukan oleh individu yang tidak berperikemanusiaan. Berikutnya, peristiwa kedua yang menyayat hati saya sebagai pembaca dalam novel ini ialah peristiwa keinsafan atas kekhilafan. Hal ini dapat dilihat apabila Embong sekeluarga bergilir-gilir menjaga Nek Kiah selama Nek Kiah berada di hospital. Nek Kiah berasa bersalah akan sikap prejudisnya terhadap keluarga Embong. Nek Kiah akhirnya insaf dan tinggal bersama-sama keluarga Embong selepas dibenarkan keluar dari Hospital Batu Pahat.
 
JAWAPAN SOALAN 4
Novel yang saya pelajari ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin dan novel Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip. Terdapat satu persitiwa yang memberikan pengajaran kepada saya dalam novel Jendela Menghadap Jalan iaitu peristiwa kepatuhan seorang anak kepada ibunya. Pada awalnya Lili tidak mahu pulang ke kampung ibunya kerana masa cutinya telah direncanakan dengan pelbagai program. Akan tetapi pada akhirnya Lili akur untuk menurut kepada perintah ibunya. Peristiwa ini memberikan pengjaran kepada saya supaya patuh kepada perintah seorang ibu yang pasti mempunyai hikamh di sebaliknya. Peristiwa kedua yang memberikan pengajaran kepda saya dalam novel Songet Berbenag Emas ialah peristiwa bantu-membantu tanpa mengira perbezaan kaum dan agama. Meskipun bukkan beragama Islam, Tauke Lim telah menyumbangkan barang-barang keperluan untuk majlis Maulidur Rasul yang diadakan di Kampung Parit Haji Rais. Peristiwa ini memberikan pengajaran kepada saya untuk hidup dalam suasana saling menghormati dan melengkap bagai aur dengan tebing tanpa sebarang rasa prejudis meskipun berbeza anutan agama.
 
JAWAPAN SOALAN 5
Novel yang saya pelajari ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin dan novel Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip. Terdapat beberapa peristiwa tentang semangat setia kawan dalam kedua-dua novel ini. Menerusi novel Jendela Menghadap Jalan semangat setia kawan dapat dilihat dalam peristiwa menyelesaikan isu kubah surau. Lili, Geetha dan Danel yang mewakili golongan remaja telah bekerjasama untuk menyelesaikan masalah orang-orang kampung yang kurang bersetuju dengan pembinaan masjid baharu, sebaliknya hanya mahu kubah dipasang di atas surau yang telah lama usianya. Peristiwa ini menunjukkan semangat setia kawan yang tinggi terutamanya Danel dan geetha yang bukan bergama Islam tetapi bekerjasama dengan Lili dalam menyelesaikan isu kubah tersebut. Di samping itu, dalam novel Songket Berbenang Emas, semangat setia kawan dapat dilihat menerusi peristiwa prihatin kepada sahabat yang tidak hadir ke sekolah. Kavita dan Najib telah berkunjung ke rumah Dahlia untuk bertanya khabar kerana Dahlia tidak hadir ke sekolah. Kavita juga telah membuat salinan nota-nota pelajaran untuk Dahlia. Peristiwa ini menunjukkan semangat setia kawan yang tinggi apabial seorang sahabat sentiasa mengingati sahabatnya dalam apa-apa jua situasi.
 
JAWAPAN SOALAN 6
Novel yang saya pelajari ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khaiorudin Ayip. Terdapat beberapa peristiwa yang memberi kesedaran dalam novel ini. Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kerajinan datuk Lili, iaitu Haji Abdul Rahman yang masuk ke dalam hutan untuk mencari akar kayu bagi tujuan perubatan tradisional. Sikap datuk Lili ini membuatkan neneknya bimbang kerana ada masa datuk tidak pulang walaupun hari sudah merangkak malam. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada saya untuk menghargai tumbuhan herba yang banyak memberi khasiat kepada manusia. Peristiwa kedua dalam novel ini yang memberikan kesedaran kepada pembaca ialah peristiwa Geetha rajin membantu nenek di dapur. Geetha membantu nenek memasak apabila dia memotong sayur dan menyiang ikan ketika dia bermalan di rumah nenek. Peristiwa ini memberi kesedaran kepadasaya sebagai pembaca agar ringan tulang ketika berada di rumah orang lain.


Post a Comment

0 Comments