Diskusi Karangan Peranan Semai Semangat Patriotik; Percubaan SPM KSSM Kelantan 2022

Cikgu Muzz
oleh -
0
 
KARANGAN BAHAGIAN B
Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.
 
Pada masa ini semangat patriotik dalam kalangan generasi muda semakin luntur. Oleh itu, pelbagai pihak perlu berperanan untuk menyemai semangat cinta akan tanah air dalam kalangan anak muda.

Sebagai respons terhadap petikan di atas, jelaskan peranan-peranan tersebut.
 
Soalan Percubaan MPSM  Kelantan 2022
 
 
DISKUSI
Calon mesti menghuraikan peranan pelbagai pihak untuk menyemai semangat cinta akan negara dalam kalangan anak muda.
 
Sekiranya calon menghuraikan peranan satu pihak sahaja, maka maksimum markah dalam kategori KEPUJIAN.
 
Sekiranya calon tidak menyatakan pihak atau menulis secara umum, maka markah maksimum peringkat BAIK.
 
CADANGAN RANGKA KARANGAN
 
Tema: Dunia semakin maju dan moden. Lebih materialistik. Bertunjangkan hedonisme.
Huraian: Semakin kurang cakna akan asal usul dan cinta kepada tanah air.
Contoh: TIidak mengetahui perkara mudah seperti bilangan negeri dalam negara.
Kesan: Akan melahirkan generasi muda yang kurang patriotisme.
Arah: Siapakah yang bertanggungjawab semai semangat cinta akan negara?
 
Idea Pertama: Peranan ibu bapa
Huraian: Didik anak dari kecil supaya anak dapat menjiwai rasa cinta kepada negara
Contoh: Belikan buku sejarah / Tonton filem atau dokumentari sejarah / Bawa ke muzium
Kesan: Anak dapat mengenali sejarah tanah air dengan lebih terperinci
Peribahasa: Sedang rebung elok dipatah, jadi buluh melepuh jari
Penegasan: Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyemai rasa cinta akan negara
 
Idea Kedua: Peranan sekolah/ institusi pendidikan
Huraian: Sekolah berfungsi mendidik anak muda secara formal
Contoh: Mantapkan PdP Sejarah / Lawatan sambil belajar ke bangunan bersejarah
Kesan: Anak muda lebih menghayati sejarah negara
Penegasan: Institusi pendidikan berperanan besar dalam menyemai rasa cinta akan negara
 
Isi Ketiga: Peranan kerajaan
Huraian: Kerajaan mempunyai akses yang luas atas masyarakat
Contoh: Kempen kesedaran menggunakan media sosial
Kesan: Mendekati anak muda melalui teknologi tentang penghayatan rasa cinta akan negara
Penegasan: Kerajaan wajar memainkan peranan penting dalam memupuk rasa cinta akan negara
 
Rumusan: Semua pihak perlu bersinergi
Peribahasa: Bagai aur dengan tebing
Harapan: Perlu ambil serius / Jangan pandang remeh
Kesan: Jika tak ambil serius melahirkan generasi muda yang rapuh jiwa
Kesan: Jika ambil serius dapat membentuk generasi yang mempunyai jati diri

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)