Petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang
dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut
semula.
Bagi
mengekang amalan rasuah, setiap ketua Jabatan perlu membentuk sistem pemantauan
dan kelulusan bertapis. Langkah ini bukan bertujuan mewujudkan karenah birokrasi
tetapi mengurangkan keputusan terhadap sesuatu pembelian berpusat kepada
seseorang sahaja. Selain itu, pemeriksaan mengejut di atas pelaksanaan projek
wajar dilaksanakan bertepatan konsep padang turun. Prosedur operasi standard
(SOP) sistem pengurusan kewangan, terutama dari segi membezakan kuasa bual
bicara selalu disalahgunakan perlu diteliti semula. Oleh itu, semua prosedur
hendaklah dipatuhi dan tidak dikecualikan. Di samping itu, kerajaan juga boleh
merangka undang-undang untuk mengambil tindakan punitif terhadap pegawai hingga
menyebabkan ketirisan, pemborosan atau pembaziran harta kerajaan. Dalam hal
ini, kerjasama orang ramai juga penting bagi membolehkan SPRM bertindak elektif
dan bebas. Justeru itu, lapor dan bongkar kegiatan rasuah dalam jabatan
masing-masing. SPRM dilindungi pemberi maklumat secara profesional.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Usah Takut Lapor, Bongkar Rasuah
Dalam Jabatan Kerajaan’
Oleh Datuk Seri Akbar Satar,
Barita Harian Online, 8 April
2021.
[11 markah]
Dalam petikan di atas terdapat
lima jenis kesalahan bahasa seperti berikut:
- Kesalahan tanda baca
- Kesalahan ejaan
- Kesalahan imbuhan
- Kesalahan tatabahasa
- Kesalahan kata / istilah
JAWAPAN
jabatan – Jabatan
karenah – kerenah
di – ke
padang turun – turun padang
bual – budi
dikecualikan – pengecualian
hingga – kerana / yang
harta – dana
elektif – efektif
Justeru itu – Oleh itu
dilindungi – melindungi
Rumusan kesalahan bahasa di
atas;
Kesalahan tanda baca
jabatan – Jabatan
Kesalahan ejaan
karenah – kerenah
Kesalahan imbuhan
dikecualikan – pengecualian
dilindungi – melindungi
Kesalahan tatabahasa
di – ke
padang turun – turun padang
hingga – kerana / yang
Justeru itu – Oleh itu
Kesalahan kata / istilah
bual – budi
harta – dana
elektif – efektif