Pencarian Murid Pintar & Berbakat Universiti Kebangsaan Malaysia

Cikgu Muzz
oleh -
0
 


Program Pencarian Murid Pintar dan berbakat oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini bermula untuk tahun 2023. Program yang dijalankan saban tahun ini disasarkan kepada murid berumur 8 tahun hingga 15 tahun di seluruh negara. saringan akan diadakan sebanyak tiga kali bagi mengenal pasti murid pintar dan berbakat, iaitu meliputi Saringan UKM1, Saringan UKM 2dan Saringan UKM3.
 
Murid yang melepasi ketiga-tiga saringan akan ditawarkan ke Program Pendidikan Menengah Pintar dan Berbakat. Ujian Saringan UKM1 akan dijalankan secara dalam talian bermula 1 Februari sehingga 31 Mei pada setiap tahun. Justeru untuk tahun 2023 , Ujian Saringan UKM1 sudahpun bermula.
 
Ujian Saringan UKM1 dibuka kepada semua murid pelbagai bangsa yang berumur 9 hingga 15 tahun, manakala bagi murid yang beragama Islam ujian ini dibuka seawal usia 8 tahun hingga 15 tahun. Pendaftaran boleh dilakukan menerusi portal http://ukm1.geniuspintar.ukm.my

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)