Resensi Novel Sir, I Heart You Karya Cik Mardiah

Cikgu Muzz
oleh -
0
 

Judul: Sir, I Heart You
Penerbit: Besq Publication
Penulis: Cik Mardiah
Tahun: April 2020
Bilangan Halaman: 255 muka surat
 
Ulasan:
Bila baca kisah cikgu-cikgu dalam novel perasaan dia lain macam. Hahaha...  Pertamanya nama hero dalam novel ni, Muhammad Daffa, pertama kali dalam hidup dengar seketul nama Daffa! Aduhai! Hehehe. Nama heroin pula sedap, Ainin Nada.
 
Kisah Daffa dan Nada ni simple. Kenal dari kecil disebabkan kedua-dua ibu mereka bersahabat baik dan merupakan jiran. Walau bagaimanapun, hubungan Daffa dan Nada tidak semesra mana lantaran satu episod waktu kecil yang berlaku di antara mereka.
 
Setelah meningkat dewasa dan masing-masing hendak melanjutkan pelajaran ke luar negara, Daffa dan Nada disatukan dalam ikatan pertunangan. Tetapi alasan nak ditunangkan itu macam kolot sedikit, tapi kenalah dengan watak yang latar belakang keluarganya masyarakat kampung.
 
Daffa dan Nada disatukan tanpa lafaz cinta yang disebut jelas lewat bibir masing-masing. Anehnya, perkahwinan mereka disorokkan daripada umum, terutamanya rakan-rakan di bawah bumbung kerja yang sama. Lalu hadirlah fitnah yang memerangkap diikuti tragedi yang hampir menggelapkan hidup Nada.
 
Nak tahu kesudahannya, bolehlah belek mini novel karya Cik Mardiah ini. Sebagai novel pertama karya penulis ini yang saya baca, tidak keterlaluan jika disimpulkan bahawa garapan naskhah ini agak baik. Masih boleh dimantapkan di sana dan di sini, tetapi penerimaan pertamanya boleh kata LULUS!
 
Kesimpulan:
★★★
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)