Judul: Wanita Milik Kaiden
Penerbit: Atap Publication
Penulis: Nuriffa
Tahun: Disember 2022
Bilangan Halaman: 316 muka surat
Ulasan:
Klise. Namun, tak ada sebarang
isu untuk menyudahkan pembacaan hingga ke halaman terakhir. Tipulah kalau tak
ada persepsi awal sebelum membeli naskhah ini kerana ini merupakan karya
pertama penulis Nuriffa yang saya baca. Walaupun pada awalnya agak skeptikal,
pada akhirnya saya berpuas hati dengan keseluruhan jalan cerita, teknik penceritaan
dan pengolahan yang digunakan dalam menggarap novel Wanita Milik Kaiden.
Kisah curang seorang suami yang
tamak dan mahu memiliki kedua-duanya Haila dan Katrina, sedangkan perangai si
suami sendiri tak semenggah mana. Ditambah pula dengan watak ibu dan bapa
mentua yang menambahkan garam ke dalam luka. Cukup pakej untuk membuatkan
pembaca rasa menyampah. Tapi kata orang Tuhan tidak pernah kejam dalam
melakarkan takdir manusia. Haila ditakdirkan menjadi wanita milik Kaiden yang
seribu kali lebih baik daripada Erman.
Persoalannya, mampukah
kebahagiaan Haila yang berstatus janda bertahan? Adakah kisah Haila dan Kaiden
umpama panas yang diharap ke petang, namun hujan menimpa di tengah hari? Rungkai
kisah mereka dalam novel yang dijelmakan semula daripada e-book ini.
p/s: Penanda buku dalam novel
ini baik punya besar. Terbaik, tak kedekut!
Kesimpulan:
★★★