Resensi Novel Mesej Karya Anna Lee

Cikgu Muzz
oleh -
0
 

Judul: Mesej
Penerbit: Prolog Media
Penulis: Anna Lee
Tahun: Cetakan Keempat November 2022
Bilangan Halaman: 545 muka surat
 
Ulasan:
Merentas masa. Merentas tempat. Namun, pertemuan mereka sebenarnya sudah bermula lama. Telah tercatat dalam takdir. Kalau nak baca kisah garapan Anna Lee berjudul MESEJ ini, pemikiran logik perlu tolak jauh-jauh. Bawa masuk diri dalam nukilan penuh imaginasi ini. Berkhayal dengan memetakan segala apa-apa yang tercatat dalam novel setebal 545 halaman ini. Anda pasti akan teruja melayari kisah ARIA, NIK dan JASON.
 
Sesiapa yang pernah membaca karya penulis Anna Lee pasti sudah tahu gaya garapan dan adunan plot cerita oleh penulis ini. Jadi anda tidak perlu risau untuk berasa canggung dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk larut dalam isi cerita.
 
Nak cerita banyak-banyak takut jadi spoiler. Meskipun novel ini agak lama dalam pasaran kerana terbitan edisi pertama adalah pada 2015, saya masih lagi sempat mencapai edisi baharu cetakan terkini yang ada sedikit kelainan pada kulit hadapan novel. Kenapa masih perlu miliki eidis baharu yang hanya berubah kulit sedangkan edisi lama sudah berada dalam genggaman? Selain faktor kondisi edisi lama yang dibeli dalam keadaan sudah bertompok kuning, sudah tentu jawabnya novel MESEJ ini mempunyai tempat yang istimewa dalam hati sebagai penggemar naskhah POP dan perlu berada dalam kondisi baik untuk simpanan sendiri!
 
Kesimpulan:
★★★★★
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)