Ejaan makanan merupakan antara
kesalahan biasa yang dilakukan oleh masyarakat termasuklah golongan murid. Kesalahan
ejaan makanan dapat dilihat pada papan tanda, iklan jualan makanan, tulisan di media
sosial dan restoran menyebabkan ejaan makanan yang tidak tepat menjadi suatu kebiasaan
dalam kehidupan seharian.
Ada yang memandang isu ini
sebagai suatu perihal yang remeh. Namun, tahukah anda ejaan makanan merupakan
antara soalan yang popular dalam SPM sejak dulu lagi? Ya, sama ada dalam
pentaksiran KBSM sehinggalah kepada KSSM, soalan kesalahan ejaan melibatkan
nama makanan merupakan antara soalan popular dalam kertas Bahasa Melayu
(1103/2).
Dalam pentaksiran KSSM, soalan
kesalahan ejaan makanan boleh diuji dalam Bahagian A, Soalan 3, iaitu Soalan
Penyuntingan. Oleh itu, dalam catatan
kali ini dikongsikan 50 ejaan makanan yang tepat mengikut Kamus Dewan, DBP. Semoga
bermanfaat!
1.
aiskrim –
ais-krim
2.
baulu -
bahulu
3.
barbeku –
BBQ
4.
bergedel
- bergedil
5.
bihun –
beehoon
6.
bubur
lambuk – bubor
7.
capati –
capathi
8.
capcai –
chap chay
9.
dim sum –
dimsum
10.
hot dog –
hotdog
11.
idli –
idly
12.
kuaci -
kwaci
13.
kuetiau –
koeytiaw
14.
kuih
sepit – kuih kapit
15.
kroisan –
krosant
16.
laici -
laichi
17.
lasagne -
lasagnia
18.
makaroni
– macaroni
19.
marjerin
– majerin
20.
martabak
– murtabak
21.
mi - mee
22.
mi wantan
– mee wan tan
23.
muruku –
maruku
24.
nanas -
nenas
25.
nasi
beriani – nasi beriyani
26.
nasi
himpit – nasi impit
27.
nuget –
nugget
28.
papadom –
papadam
29.
pasembur –
pasembor
30.
pear –
pir
31.
peniaram –
peneram
32.
piza -
pizza
33.
putu -
puttu
34.
putu
mayang – putu mayam
35.
roti
perata – roti prata
36.
sanwic -
sanwhic
37.
sate –
satay
38.
serbat –
sarbat
39.
serondeng
– serunding
40.
spageti –
spagheti
41.
stik –
steak
42.
susyi –
sushi
43.
suun
goreng – su un goreng
44.
tanduri -
tandoori
45.
tauge – taugeh
46.
tomyam –
tom yam
47.
tose –
tosai
48.
wade –
vade
49.
wajik –
wajit
50.
wafer –
waffer