Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Dua Jenis Soalan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Berkumpulan Yang Perlu Calon Tahu

 


Seperti semua sedia maklum ujian bertutur secara berkumpulan melibatkan minimum 3 calon sehingga maksimum 5 orang calon, namun biasanya terdapat 4 orang calon dalam satu kumpulan.
 
Setiap kumpulan akan menerima tajuk atau tema perbincangan di dalam bilik kuarantin. Masa selama 10 minit akan diberikan kepada setiap ahli kumpulan untuk membuat persediaan. Pengawas bertugas tidak akan memberikan sebarang bantuan. Malah, buku catatan, kertas dan alat tulis seperti pen atau pensel juga tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik kuarantin. Dengan kata lain persediaan ujian bertutur secara berkumpulan perlu dilakukan secara mentalis.
 
Terdapat dua jenis soalan yang biasanya diajukan dalam ujian bertutur berkumpulan untuk Kertas 3 Bahasa Melayu SPM, 1103/3.
 
Jenis pertama, ialah soalan jenis tertutup atau berfokus. Contoh: Pencemaran alam sekitar yang melanda dunia semakin membimbangkan. Bincangkan punca-punca pencemaran alam sekitar.
 
Dalam soalan di atas, kata kunci atau fokus sedia diberikan, iaitu punca-punca pencemaran alam sekitar. Oleh itu, dalam pusingan pertama, selepas memperkenalkan diri kesemua calon dalam kumpulan perlu melontarkan idea tentang punca pencemaran alam sekitar. Seterusnya, jika berbaki masa, dalam pusingan kedua calon-calon boleh melontarkan idea tentang kesan pencemaran alam sekitar dan langkah mengatasi pencemaran alam sekitar.
 
Jenis soalan kedua pula ialah soalan jenis terbuka. Contoh: Pencemaran alam sekitar yang melanda dunia semakin membimbangkan. Bincangkan.
 
Dalam soalan jenis terbuka tiada fokus yang diberikan. Oleh itu, setiap ahli kumpulan mesti bertindak pantas menyusun fokus perbincangan ketika di dalam bilik kuarantin. Ingat 3 kata kunci utama dalam TEKNIK CAPUSAN, cara; punca dan kesan. Gunakanlah ketiga-tiga fokus ini dengan menyusun mengikut keutamaan selari dengan tema soalan.
 
Kalau ditanya soalan jenis manakah menjadi pilihan untuk ditanya dalam ujian bertutur, kedua-duanya mempunyai potensi. Namun, kebanyakan sekolah membuat sesi latihan dengan mempraktikkan soalan jenis terbuka.
 
Apa-apapun semoga panduan di atas dapat memberikan sedikit informasi dan membantu persediaan ujian bertutur, khususnya buat calon SPM 2023!
 

Post a Comment

0 Comments