Resensi Novel Aku Yang Kau Mahu Karya Cik Tet

Cikgu Muzz
oleh -
0
 


Judul: Aku Yang Kau Mahu
Penerbit: Kaseh Aries Publication Sdn Bhd
Penulis: Cik Tet
Tahun: Ogos 2023
Bilangan Halaman: 528 muka surat
 
Ulasan:
Ceritanya bermula laju dengan debaran. Permulaan yang agak wow serupa dalam telenovela latin. Bayangkan seorang sahabat ingin membalas dendam atas kematian sahabatnya pada hari bahagia seorang lelaki yang menjadi asbab kematiannya. Mesti dramatik kan? Itulah yang terjadi dalam novel berjudul Aku Yang Kau Mahu ini.
 
Namun sesuatu terjadi dalam episod membalas dendam sehingga menjadikan Dian Safiyah menjadi buruan Syaikhul Affandi. Dipendekkan cerita Dian dipaksa kahwin dengan Syaikhul. Daripada tak ada rasa kemudian tumbuhlah cinta. Meskipun ditentang ibu Syaikhul dan bekas wanita Syaikhul menyendeng rumah tanggan Dian dan Syaikhul tetap bahagia. Sehinggalah si Raziq yang syok dekat Dian membuat ulah. Tapi nak kata Raziq ni jahat sangat pun tidak, dia lebih kepada frust menonggeng sebab Dian tak pernah pandang dirinya melebihi seorang abang.
 
Cumanya, bab Syaikhul naik bengang dan marah tu klise. Typical lelaki ego tinggi. Hahaha. Cuma bab bapa mentua Dian, patut kita tabik. Meski di tengah-tengah cerita rasa agak ‘kosong’ namun hujungnya rasa teruja kembali dengan perangai bapa mentua yang nak selamatkan rumah tangga anak menantu.
 
Kalau nak tahu apa yang berlaku sebenarnya dalam naskhah setebal 528 muka surat ini, kenalah baca sendiri. Novel Aku Yang Kau Mahu ini juga agak ‘istimewa’ sebab file manuskrip penuh novel hilang/rosak; tak dapat nak recover sehingga terpaksa penulis mengarangnya kembali dari awal. Jadi tak hairanlah ada bahagian-bahagian tertentu dalam novel ini, ada rasa ‘terkejar-kejar’.
 
Apapun, yang sentiasa follow karya Cik Tet mesti anda dah baca novel ini kan?
 
Kesimpulan:
★★★
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)