Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Resensi Novel Pesona Cinta Tan Sri Karya Mum Linz

 

Judul: Pesona Cinta Tan Sri
Penerbit: Linz Novel Enterprise
Penulis: Mum Linz
Tahun: November 2022
Bilangan Halaman: 407 muka surat
 
Sebuah cerita ringkas yang wataknya terhad dan berpusing di situ. Chempaka boleh dikatakan seorang anak gadis yang agak lincah apabila wataknya dipotretkan pernah mabuk dan terdampar di atas katil bersama Zarith tanpa seurat benang. Hans Abrar seorang lelaki berkerjaya lanjut usia yang masih bujang.
 
Cara Chempaka bertembung dengan Hans klise. Hans jatuh cinta pandang pertama tanpa kisah sedikitpun latar belakang Chempaka nampak seperti terdesak.
 
Nak dipendekkan cerita Zarith bukan siapa-siapa, sebaliknya anak tiri abang Hans sendiri yang dah arwah. Bekas kakak ipar Hans pula ada hati kepada Hans.
 
Ulah Zarith merancang agar Hans dan Chempaka ditangkap khalwat nampak tergesa-gesa. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba saja Hans nak tengok Chempaka pakai satu baju, imaginasi tebal sangat kot antelusia (anak teruna lanjut usia).
 
Sudah disatukan, biasalah; momen sweet laki bini. Tak perlu rasanya nak perincikan, malas.
 
Ending, ada anak...
 
Tamatlah kisah!
 
Hahaha...
 
Kesimpulan:
★★

Post a Comment

0 Comments