Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Soalan Ramalan Peristiwa Novel SPM 2023

 

Soalan peristiwa novel merupakan soalan yang wajib dijawab oleh calon SPM. Soalan ini termuat dalam Kertas 2 Bahasa Melayu SPM KSSM. Soalan peristiwa novel boleh didapati menerusi soalan 8 (ii).
 
Murid sederhana dan lemah biasanya cenderung untuk tidak menjawab soalan ini. Meskipun markah yang diperuntukkan untuk soalan 8 (ii) cuma 6 markah, namun jumlah ini sudah cukup untuk membantu melonjakkan gred calon dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM.
 
Oleh yang demikian, cikgu kongsikan soalan-soalan peristiwa novel yang menjadi pilihan negeri dan daerah dari seluruh Malaysia ketika menggubal soalan percubaan SPM 2023 baru-baru ini.
 
  • Peristiwa yang memaparkan sikap bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat
  • Peristiwa yang menerapkan ketabahan dalam diri pembaca.
  • Peristiwa yang menunjukkan sifat keprihatinan
  • Peristiwa yang menunjukkan kerjasama dalam kalangan masyarakat
  • Peristiwa yang dapat dijadikan motivasi oleh pembaca
  • Peristiwa yang menunjukkan novel sesuai dibaca oleh pembaca
  • Peristiwa yang menggambarkan sikap positif sesama manusia
  • Peristiwa pada permulaan yang menarik hati pembaca
  • Peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati dalam kalangan pembaca
  • Peristiwa yang menimbulkan kemarahan kepada pembaca
 
Semoga soalan-soalan di atas dapat membantu dalam persiapan menghadapi SPM 2023 bagi mata Pelajaran Bahasa Melayu.
 
Ingat, apabila ulang kaji;  anda perlu jadi bijak. Oleh itu, pilih peristiwa yang boleh mewakili banyak cabang soalan agar anda tidak lelah dalam mengingati watak dan peristiwa dalam novel yang telah anda pelajari.
 
Semoga berjaya!

Post a Comment

0 Comments