Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM 2023 akan bermula pada 8 Januari 2024 hingga 11 Januari 2024. Berikut dikongsikan tema-tema popular dan topik yang boleh menjadi pilihan dan UBBM SPM 2023. Meramal belum tentu betul tetapi dalam konteks belajar tak salah bersedia dengan membaca dan mengambil tahu tentang semua tema di bawah!
Cara-Cara Menjaga Kebersihan Diri
Mandi sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sehari
Memotong kuku dan memastikan kuku pendek dan bersih
Memberus gigi pada setiap hari
Memakai pakaian yang bersih
Memastikan persekitaran tempat tinggal bersih dan selesa
Makan makanan yang berkhasiat
Minum air secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
Meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup
Mencegah penularan penyakit dan jangkitan
Membina kepercayaan dan harga diri
Memelihara keseimbangan emosi dan mental
Mendisiplinkan diri
Sikap masyarakat yang tidak menjaga kebersihan
Amalan membuang sampah di merata-rata
Kekurangan ilmu tentang kesihatan dan risiko penyakit
Sikap pengusaha premis makanan yang sambalewa
Hubungan sosial tanpa sekatan
Kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat
Manfaat Sekolah Selamat
Mewujudkan suasana yang kondusif di sekolah
Murid-murid akan berasa selamat
Kualiti pembelajaran murid akan meningkat
Guru-guru dapat memberikan tumpuan kepada proses pengajaran
Semua aktiviti di sekolah dapat dijalankan dengan selamat
Ibu bapa akan berasa tenang dan tenteram ketika anak berada di sekolah
Data maklumat peribadi terdedah
Kerugian wang ringgit
Kemusnahan harta benda
Maruah diri tercemar
Mangsa menghadapi tekanan yang tinggi
Membentuk sikap tanggungjawab untuk menjadi lebih berhemah
Mengetatkan undang-undang jalan raya sedia ada
Menyelenggara jalan raya dari masa ke masa
Menyelenggara kenderaan mengikut masa yang ditetapkan
Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam
Menjalankan kempen kesedaran keselamatan jalan raya
Langkah-Langkah Mengeratkan Hubungan Antara Jiran
Menziarahi jiran yang sakit
Membantu jiran yang memerlukan pertolongan
Mengadakan aktiviti seperti gotong-royong dan rumah terbuka
Mengambil bahagian dalam aktiviti keagamaan seperti solat berjemaah
Mendidik anak-anak bermesra dengan jiran sejak kecil
Sebab-Sebab Terhakisnya Budaya Dan Kesenian
Ibu bapa tidak memberikan pendedahan kepada anak-anak
Pihak sekolah kurang menganjurkan program kesenian
Pihak kerajaan tidak mengadakan kempen secara besar-besaran
Proses globalisasi
Perkembangan teknologi dan peranti pintar
Sikap masyarakat yang mengagungkan budaya luar
Masyaraakt yang sibuk dengan kerjaya
Peranan Rakyat Menjaga Kedaulatan Negara
Mempraktikkan prinsip Rukun Negara
Menghormati dan bertoleransi sesama kaum
Memilih pemimpin yang tepat
Menyuburkan semangat patriotisme dalam diri
Mempelajari dan menghayati sejarah tanah air
Menyertai program kenegaraan
Ibu bapa menunjukkan contoh teladan yang baik
Guru membentuk disiplin murid di sekolah
Kerajaan melaksanakan dasar pendidikan yang berkesan
Media massa membudayakan nilai murni
Kepentingan didikan agama dan didikan moral
Menghargai jasa dan perjuangan tokoh terdahulu
Menyemai nilai patriotisme dalam kalangan rakyat
Mengukuhkan perpaduan antara masyarakat
Meraikan pencapaian negara
Meningkatkan imej negara
Menggalakkan kemasukan pelancong luar negara
Kepentingan Sains Dan teknologi Kepada Manusia
Meningkatkan produktiviti dan kemampuan manusia
Memperluas skop pendidikan dan penyelidikan
Menambah baik kesihatan dan keselamatan manusia
Membantu meningkatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
Memudahkan komunikasi antara manusia
Menyumbang kepada perkembangan industri kesihatan
Memudahkan pergerakan manusia menerusi teknologi pengangkutan
Manfaat Teknologi hijau
Mengurangkan pencemaran alam sekitar
Memastikan ekosistem bumi kekal stabil
Memastikan sumber tenaga asli kekal untuk generasi akan datang
Menjamin kesihatan diri dan persekitaran
Membuka pelung ekonomi baharu
Membangunkan budaya dan sosial yang mapan
Tahap kehidupan dan kesihatan dapat ditingkatkan
Menjimatkan tenaga elektrik
Menggunakan pengangkutan awam
Mengutamakan kertas kitar semula
Menjimatkan penggunaan air
Mengamalkan 5R
Membudayakan aktiviti menanam pokok
Meluaskan zon bebas rokok
Kepentingan Pertanian
Sumber pendapatan
Bekalan bahan mentah
Meningkatkan eksport dan ekonomi negara
Membuka peluang pekerjaan
Menjana sektor agro pelancongan
Kekurangan teknologi moden dan canggih
Kemudahan peralatan dan jentera yang terhad
Kurangnya minat dalam kalangan generasi muda
Kekurangan pelabur swasta
Dianggap hanya sesuai dengan masyarakat luar bandar
Dianggap sebagai sektor ekonomi yang tidak memiliki status tinggi
Lambat mendatangkan hasil atau pendapatan
Peluang kerjaya yang dianggap terhad
Risiko yang tinggi
Cara-Cara Memupuk Amalan Berjimat Cermat
Ibu bapa menunjukkan teladan amalan berjimat cermat
Murid dilatih membawa bekal ke sekolah
Masyarakat membudayakan penggunaan pengangkutan awam
Kerajaan mengadakan kempen berjimat cermat
Individu perlu merancang perbelanjaan
Individu perlu mengamalkan aktiviti menabung di bank secara konsisten
Murid dapat menggunakan hasil tabungan untuk tujuan pendidikan
Dapat digunakan pada waktu kecemasan
Dapat melahirkan generasi yang tidak boros
Dapat menjamin kelangsungan hidup pada masa tua
Menjamin keselamatan wang pengguna
Memperoleh rebat atau baucar
Alternatif sekiranya berlaku kecemasan
Boleh menjejak perbelanjaan dan merancang kewangan
Pelan pembayaran mudah tanpa faedah
Mengelakkan risiko dirompak atau diragut
Kepentingan Industri Pelancongan
Memajukan ekonomi negara
Memperkenalkan negara ke seantero dunia
Meningkatkan imej negara
Memperkenalkan budaya tempatan kepada masyarakat luar
Kelebihan Mengekalkan Warisan Budaya
Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat
Menjadi daya tarikan pelancongan
Sebagai kesinambungan tamadun
Melambangkan identiti nasional
Menyuburkan nilai murni
Mengenang pelbagai peristiwa bersejarah yang pernah berlaku
Mengekalkan kesenian dan estetika seni bina
Menarik perhatian pelancong dari luar
Sebagai sumber kajian dan penyelidikan
Faedah Sukan Kepada Masyarakat Dan Negara
Menjamin kesihatan diri
Mengurangkan stres
Memupuk semangat setia kawan
Membanteras gejala sosial
Menjana pendapatan
Membina peluang kerjaya
Menyumbang kepada ekonomi negara
Memupuk perpaduan
Kebaikan Sektor Perindustrian Kepada Negara
Dapat meningkatkan pendapatan negara
Dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat
Imej negara akan meningkat
Membolehkan negara dianggap sebagai negara maju
Dapat menggalakkan eksport dan mengurangkan import
Dapat meningkatkan taraf hidup rakyat
Kemusnahan kawasan hutan
Pencemaran alam sekitar
Kebanjiran pendatang asing
Kewujudan penempatan setinggan
Menggoyahkan institusi kekeluargaan
Kepentingan TVET
Membuka peluang kepada murid yang kurang cemerlang
Melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam bidang teknikal
Meningkatkan daya saing dan potensi industri dalam negara
Sebagai alternatif pengajian peringkat tinggi
Menyertai kem motivasi diri
Melancong
Mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan rumah
Mengulang kaji pelajaran
Melawat saudara mara
Bersukan dan beriadah
Kebaikan Mempelajari Karya Sastera
Mengenali dan mencintai bahasa ibunda
Meluaskan penguasaan kosa kata
Mempelajari pelbagai nilai murni dan pengajaran
Mengenali dan menghargai sasterawan negara
Menghargai kisah masa lalu
Melahirkan generasi yang menghargai budaya
Pusat sumber memperbanyak buku sastera dan karya agung
Ibu bapa mendedahkan anak-anak dengan karya sastera sejak kecil
Media mempromosikan karya sastera
Kerajaan mengadakan pameran karya sastera
Pihak sekolah menggalakkan kelas mewujudkan sudut membaca karya sastera
Komunikasi harian menggunakan bahasa yang bercampur
Sikap penutur yang malu untuk berbahasa Melayu
Teknologi moden banyak menggunakan bahasa Inggeris
Latar belakang keluarga dipengaruhi bahasa Inggeris
Pengaruh dialek dan bahasa ibunda
Penggunaan bahasa rojak menerusi media sosial
Faktor Pemilihan Kerjaya
Minat dan cita-cita
Latar belakang akademik
Prospek kerjaya
Pengaruh dan sokongan ahli keluarga
Ekonomi semasa
Suasana pekerjaan
Kelayakan akademik dalam pekerjaan
Kemahiran berkomunikasi
Ketahanan fizikal dan mental
Menganalisis cabaran kerjaya
Menguasai kemahiran menyelesaikan masalah
Bersikap toleransi dan rasional
Cara berpakaian yang sesuai
Berpenampilan sesuai dengan kerjaya dan kemas
Tatacara berkomunikasi yang betul
Memantapkan diri dengan latar belakang syarikat
Menepati masa
Menyediakan semua dokumen temu duga dengan lengkap
Menyediakan resume yang lengkap dan padat
Kepentingan Integriti
Mewujudkan suasana kerja yang harmoni
Membuat keputusan yang tepat
Meningkatkan kualiti kerja
Mengelakkan rasuah dan penyelewengan
Meningkatkan keyakinan pelanggan
Meningkatkan imej negara
Manfaat Kestabilan Politik Negara
Sistem pentadbiran menjadi lebih teratur
Pendapatan negara meningkat
Membuka banyak peluang pekerjaan
Ekonomi negara akan semakin meningkat
Kemasukan banyak pelabur asing
Rakyat hidup aman dan damai
Amanah dan bertanggungjawab
Mempunyai ilmu yang secukupnya
Berketerampilan dan berwibawa
Mempunyai jati diri yang utuh
Mendukung integriti
Mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi