Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

25 Soalan Ramalan Karangan Keperihalan / Gambaran UASA 2023




Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) akan kembali lagi bagi penutup sesi akademik 2023/2024. Mata pelajaran Bahasa Melayu bagi Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 diuji dalam dua kertas. Soalan karangan akan diuji dalam Kertas 2. Terdapat dua bahagian dalam kertas ini, iaitu Bahagian A (Karangan Respons Terhad), mengandungi satu soalan karangan pendek. Manakala, Bahagian B (Karangan Respons Terbuka) mempunyai tiga soalan dan murid hanya perlu memilih dan menjawab satu daripada tiga soalan tersebut.
 
Salah satu jenis soalan karangan yang sangat popular dan ‘mesti ditanya’ dalam Bahagian B, ialah karangan jenis gambaran, pemerihalan atau cereka. Soalan ini apabila dianalisis merupakan soalan wajib keluar dalam pentaksiran terutamanya Tingkatan 3 sejak PMR dan PT3 dahulu.
 
Persoalannya, apakah skop soalan gambaran / pemerihalan / cereka yang sering diuji? Ikuti penjelasan di bawah dengan meneliti pembahagian skop soalan mengikut tema.
 
TEMA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
Pengalaman membersihkan persekitaran rumah
 
TEMA PERPADUAN
Pengalaman melawat jiran yang sakit
Pengalaman menyambut perayaan (Hari Raya / Tahun Baru Cina / Deepavali dll)
 
TEMA JATI DIRI, KEWARGANEGARAAN DAN PATRIOTISME
Pengalaman menyambut Hari Kebangsaan
Pengalaman mengikuti Kem Jati Diri
 
TEMA SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Pengalaman mengikuti lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara
 
TEMA ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU
Pengalaman aktiviti gotong-royong
Pengalaman melakukan aktiviti kitar semula
Pengalaman membersihkan sungai
 
TEMA PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN
Pengalaman mengunjungi ekspo pertanian
 
TEMA PELANCONGAN
Pengalaman melancong semasa cuti sekolah
 
TEMA SEJARAH DAN WARISAN
Pengalaman melawat muzium
Pengalaman melawat tempat bersejarah
Pengalaman menghasilkan kraf tangan (wau / layang-layang dll)
Pengalaman memasak makanan tradisional
 
TEMA SUKAN DAN REKREASI
Pengalaman menyertai Kejohanan Olahraga di sekolah
Pengalaman menyertai Hari Sukan Negara
Pengalaman menjalani aktiviti riadah bersama ahli keluarga
Pengalaman menyertai aktiviti Merentas Desa
 
TEMA PENDIDIKAN
Pengalaman menerima anugerah semasa Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik
Pengalaman menyampaikan ucapan semasa sambutan Hari Guru
Pengalaman menyambut Hari Kokurikulum
Pengalaman menyertai Hari Kantin
Pengalaman menyertai Kem Kepemimpinan
 
TEMA BAHASA DAN KESUSASTERAAN
Pengalaman menyertai pertandingan menulis cerpen
Pengalaman sebagai peserta pertandingan deklamasi sajak
 
TEMA KERJAYA
Pengalaman menghadiri pameran kerjaya
 

Post a Comment

0 Comments