Resensi Novel Tuan Ziyad Forbidden Love Karya Bellesa

Cikgu Muzz
By -
0
 
REVIEW NOVEL TUAN ZIYAD

Judul: Tuan Ziyad Forbidden Love
Penulis: Bellesa
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Tahun: Cetakan Kesebelas April 2024
Bilangan Halaman: 512 muka surat
 
Ulasan:
Kali ini giliran ulasan untuk salah sebuah novel yang agak panas terbitan Disember 2023. Ketika novel ini dilancarkan dalam sebuah pesta buku di salah sebuah negeri di semenanjung, saya tak ambil kisah sangat pun. Bahkan kalau tak silap empat buah novel yang diterbitkan khas itu saya serupa tak ambil peduli, satu sebabnya saya tak kenal dengan penulis, keduanya sebab pada kulit hadapan tertulis ‘dari wattpad ke novel’. Rasa macam ngeri pun ada, sebab dah ada beli beberapa novel dari platform yang sama, tapi saya belum sempat baca, kemudian tergerak hati baca komen di Goodreads, selepas tu baru nak rasa, alamak kenapa aku beli? Patutnya baca komen dulu kan?
 
Lepas beberapa ketika barulah meledak panasnya novel berjudul Tuan Ziyad ni di media sosial. Katanya novel ini tak sesuai dibaca umum. Ada komen mengatakan novel Tuan Ziyad ini terlalu open. Macam-macam lagilah komen yang keluar, pada ketika itu saya tak tahu pun komen-komen ini ditujukan kepada novel yang mana satu, selepas itu barulah saya tahu duduk letak isu yang hangat diperkatakan. Tak fikir banyak, kebetulan dah ada dalam Hasani Bookstore terus capai, bayar dan balik. Balik dan nak baca, memang tak lah kan; kalau tak tak adalah pending list beratus novel menunggu untuk dibaca...
 
Sampailah satu ketika, lepas balik dari Vietnam, nak bacalah juga novel Tuan Ziyad Forbidden Love karya Bellesa ni. Tak letak jangkaan yang tinggi sangat terutamanya tentang gaya penulisan. Sebab susah sebenarnya nak masuk dengan gaya penulisan seseorang penulis yang saya belum pernah baca karya mereka. Tak semua yang best meletop kebabom di luar sana yang boleh sebati dengan feel saya, barangkali masa bacaan boleh mempengaruhi emosi ketika membaca.
 
Rasanya tak perlu nak ulas panjang lebar tentang plot novel ini. Bagi saya yang dah baca beratus-ratus novel sejak tahun 2008; semua isi kandungan dan perjalanan cerita dan perkaitan watak dalam novel ini boleh dijangka. Maksudnya, tak ada sebarang kejutan yang boleh mengejutkan saya sebagai seorang pembaca. Melainkan, pada ketika anak angkat Zya itu saja, sebab asalnya saya anggap itu anak Ziyad ketika Zya menjadi sugarbaby.
 
Sejujurnya ada bab bacaan saya terhenti serupa tak nak teruskan. Bila saya ambil nak sambung balik hilang pula dalam 20-30 muka surat dalam novel ini. Diketepikan dulu, lepas dah masuk dua bulan baru bawa pergi kedai balik tanya boleh tukar ke tak. Alhamdulillah, dapat tukar. Lepas tu maraton baca bagi habis. Ulasan kali ini lebih kepada nak menghadap kritikan warga buku khususnya novel di luar sana. Sepanjang habis bacaan kalau nak kata novel ini main highlight dia tentang softporn, entahlah saya tak ada pun terbit rasa macam tu, masih dalam keadaan terkawal. Mungkin sebab saya pernah jumpa isi kandungan novel tempatan yang lebih dahsyat daripada dalam ni. Babak-babak yang ditampilkan bagi saya sesuailah dengan jalan ceritanya sendiri, tetapi masih boleh dimurnikan dengan tapisan sekiranya penulis tidak mahu menunjukkan sisi panas itu secara terang.
 
Apa-apapun bergantung kepada pembaca untuk menilai sendiri. Lagipula pada kulit hadapan novel ini sudah tertera jelas untuk bacaan dewasa. Kalau tak da yang minat, takkanlah sampai 11 kali ulang cetak? Tak begitu? Hahaha...
 
Kesimpulan:
★★
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!