Resensi Novel Hana Karya Cik Bawang

Cikgu Muzz
By -
0
 
REVIEW NOVEL HANA

Judul: Hana
Penulis: Cik Bawang
Penerbit: Ceritera Cinta Enterprise
Tahun: November 2021
Bilangan Halaman: 374 muka surat
 
Ulasan:
Karya tulisan Cik Bawang ni bukanlah pertama kali saya baca. Kalau ada yang pernah baca ulasan atau resensi novel dalam blog ini, mesti pernah jumpa saya mengulas tentang novel penulis ini. Pendek kata saya boleh masuk dengan gaya tulis dan susun cerita yang sering dibawakan oleh Cik Bawang. Novel Hana ini saya beli 2021, tapi tengoklah dah masuk Oktober 2024 baru nak baca dan review, tak apalah, orang kata better late then never.
 
Dalam novel ini, penulis membawakan laatr pekerjaan berkenaan dunia chef di hotel. Agak menarik untuk dibaca pada bahagian ini. Sementelah saya suka mencari input atau informasi baharu dalam pembacaan, justeru secara tidak langsung menerusi novel ini saya dapat membayangkan tentang pekerjaan dari dapur hotel bertaraf tinggi. Isu buli di tempat kerja juga disisipkan secara tidak langsung dalam novel ini, which is agak bagus untuk diambil sebagai pengajaran.
 
Berkenaan watak utama, cinta berputik dari usia kanak-kanak, antara Hana dengan Qaiser; adakah dalam dunia nyata? Entah, dah nama pun karya fiksyen. Berkenaan jalan cerita antara Hana dan Qaise, tanda tanya tentang rentak hala tuju perhubungan mereka; tiada masalah di situ. Boleh dihadam tanpa ada masalah. Soal ibu bapa Hana dan Qaiser juga sangat clean, tanpa ada sisi watak ibu tiri Cinderella. Mujurlah kan...
 
Kalau kata nak kritik, mungkin pada bahagian ending atau lebih tepat menuju ending, terutamanya ketika Hana dan Qaiser berbulan madu. Saya agak laju di situ dengan kaedah bacaan scanning. Entah, dia rasa macam something miss untuk sama-sama nak hanyut dalam kisah cinta Hana dan Qaiser. Nak pula, Salina; annoying sungguh. Tapi bab Qaiser kemalangan sejurus selepas nikah tu, memang boleh agak rancangan seseorang cumanya tak pasti siapa dan hanya terlerai di hujung cerita...

Pendek kata buku ni agak ringan dan santai dibaca, tanpa banyak konflik or kemunculan watak baharu yang boleh swing plot cerita...
 
Kesimpulan:
★★★


Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!