Resensi Novel Bahagia Milik Aku Karya Syu Ariani

Cikgu Muzz
oleh -
0
 
 

Judul: Bahagia Milik Aku
Penulis: Syu Ariani
Penerbit: Syarikat Fajar
Tahun: Januari 2022
Bilangan Halaman: 565 muka surat
 
Ulasan:
Ini karya pertama penulis ini yang saya baca. Seingatnya saya beli novel ini di Hasani. Lama juga terperam dekat dua tahun. Saja-saja beli nak rasa kelainan baca karya penulis lain. Kalau soal gaya penulisan, tak ada masalah untuk saya ikut serta dalam jalinan cerita yang diadun oleh penulis.  Pendek kata ‘boleh masuk’.
 
Novel ini bermula agak menarik dengan latar di luar negara. Segala-galanya yang berlaku di York tu agak easy going untuk dibica, dihadam dan berlayar sama-sama dengan isi ceritanya. Mood membaca agak swing apabila Syadha dan AKif kembali ke Malaysia.
 
Bila baca buku tebal macam ini, mood tu kena stabil. Bila mood swing ke utara dan selatan, maka lambatlah nak habiskan bacaan. Banyak plot sisipan yang penulis cuba selitkan. Ada isu anak autisme. Ada isu ibu mentua yang sangat memahami. Ada isu broken family. Ada isu pergaulan bebas. Pastinya isu utama ialah hubungan antara ibu dan anak.
 
Bagi yang suka baca kisah broken family, boleh try baca cerita ni. Keseluruhannya, okay, but makin ke penghujung, saya macam scan read sahaja, sebab dah boleh agak everything yang sedang di scan dan boleh tebak apa pula yang akan bakal berlaku.
 
Lastly, susah juga nak jadi Syadha ni sebenarnya; tetapi emosi dia yang alami tekanan mental tu betul-betul boleh dirasai bilamana dia mengamuk di akhir-akhir bahagian novel ini.
 
So, that’s it; review yang simple sahaja kali ini.
 
Kesimpulan:
★★
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)