Resensi Novel The Merger Chapter 1 - Pelakor Karya April Snow

Cikgu Muzz
oleh -
0
 

Judul: The Merger Chapter 1 - Pelakor
Penulis: April Snow
Penerbit: Teratak Kasih Publication
Tahun: Jun 2023
Bilangan Halaman: 302 muka surat
 
Ulasan:
Firstly, nama watak heroin dalam novel ni sangat special ya, sedap disebut dan agak rare didengar, Nousha, di belakangnya ada Khaliq, tak tahulah nama ayahnya ke apa. Sindrom tak berapa ingat sebab nak ulas selepas sebulan lebih baca.
 
Novel ni nipis sahaja, dalam 302 muka surat. Bila tengok tajuknya macam-macam dalam bebayang minda. Manalah tahu ada sama dengan cerita adaptasi drama yang banyak memaparkan watak pelakor di luar sana kan.
 
Agak menarik sebenarnya cerita ni, cuma tak puas sebab nipis. Watak Nousha yang ditampilkan sebagai pelakor agak menarik dalam novel ini sebab bunyi sahaja pelakor tetapi boleh dikatakan dalam situasi yang terhormat.
 
Hanya sebab terhutang budi, Nousha terikat kepada Zayyan Rakhim dalam hubungan suami isteri. Tapi itulah, Zayyan tu dah buta mata dengan bekas isterinya. Ada banyak part lawak dalam novel ini yang buat kita ketawa lepas. Ada juga bahagian dalam novel ini yang kita rasa puas bilamana Nousha masuk dalam syarikat.
 
Yang pernah baca karya April Snow mesti dah boleh agak gaya penulisan dan feel yang dibawakan oleh penulis dalam karya beliau. So, this is another story from her. Tapi tak pastilah pula kenapa bahagian cover ada tulis Chapter 1 – Pelakor, ada sambungan ke apa pun tak pasti.
 
Oh, ya; it's not an happy ending. Plus, tergantung pula dengan pertanyaan! 😅
 
Kesimpulan:
★★★
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)