Bermula 16 Februari 2025, kehadiran murid ke sekolah perlu direkodkan dalam sistem MOEIS, menerusi Modul Pengurusan Kehadiran. Arahan berkenaan pelaksanaan ini telahpun dikeluarkan menerusi surat siaran bertarikh 14 Februari 2025. Sehubungan dengan itu, pengisian data kehadiran murid dalam sistem APLIKASI PANGKALAN DATAN MURID (APDM) tidak lagi digunakan.
Ujian kebolehlaksanaan pengisian data kehadiran murid melalui idME ini akan bermula 16 Februari 2025 hingga 31 Ogos 2025. Oleh hal yang demikian, semua sekolah di seluruh Malaysia dikehendaki menggunakan Modul Pengurusan Kehadiran yang boleh diakses menerusi MOEIS.
CARA KEYIN KEHADIRAN MURID DALAM idME (MOEIS)
- Login
- Lihat Sebelah Kiri
- - klik APLIKASI
- Lihat Pada Paparan
- - klik PENGURUSAN MURID
- Lihat Gambar Profil
- - klik GURU KELAS
- Lihat Sebelah Kiri
- - klik PENGURUSAN SAHSIAH
- - klik PENGURUSAN KEHADIRAN
- Kehadiran Harian
- - Pastikan Hari dan Tarikh yang betul
- - Jika Hadir semua, klik kemaskini, simpan dan sahkan
- - Jika ada yang tidak hadir, untick kotak, pilih kategori, pilih sebab
- - Kemaskini
- - Simpan dan Sahkan
PANDUAN BERGAMBAR CARA ISI KEHADIRAN DALAM IDME