Sekolah Berasrama
Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berprestasi Tinggi
(SBT) merupakan sekolah-sekolah pilihan untuk ibu bapa buat anak-anak mereka
melanjutkan pelajaran pada peringkat menengah. Kebanyakan murid akan mendaftar
masuk ketika di Tingkatan 1, namun ada juga pengambilan untuk murid di
Tingkatan 4.
Berdasarkan Gred
Purata Sekolah (GPS) yang dicapai oleh sekolah-sekolah dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2024, inilah kedudukan 30 sekolah terbaik
untuk kelompok sekolah khusus di Malaysia. Hebat bukan? Untuk pengetahuan nilai
GPS bagi SPM semakin kecil nilainya maka semakin baik. Secara tidak langsung
menunjukkan semakin ramailah calon di sekolah tersebut yang memperoleh gred A+.
Bagi sesi
persekolahan 2026 yang akan bermula kurang lebih 10 hari lagi, adakah anak-anak
anda berjaya memboloskan diri dalam kelompok 30 buah sekolah terbaik di
Malaysia di bawah ini? Ada? Cuba kongsi sekolah mana!
Bagi yang tidak
berjaya dan berpeluang bersekolah di sekolah khusus seperti SBP, SBT dan MRSM,
jangan kecewa. Bersekolah di mana-mana sekalipun kita masih tetap mencapai
kejayaan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!
1) SBP Integrasi Gombak (INTEGOMB)-
0.93
2) Sekolah Tun Fatimah(STF)- 1.04
3) Kolej Tunku Kurshiah - 1.05
4) Maahad Tahfiz Negeri Pahang-1.15
5) SM Sains Tuanku Munawir SASER
-1.16
6) SBP Integrasi Rawang SEPINTAR -
1.16
7) Sekolah Alam Shah SAS- 1.17
8) Kolej Melayu Kuala Kangsar MCKK-
1.23
9) Sekolah Seri Puteri SSP- 1.24
10) Kolej Yayasan Saad KYS- 1.24
11) MRSM Kuala Kubu Bharu-1.26
12) MRSM Kepala Batas- 1.31
13) SM Sains Hulu Selangor SEMASHUR -
1.32
14) SM Sains Tuanku Aishah Rohani
-1.34
15) MRSM Johor Bahru -1.35
16) MRSM Tun Ghafar Baba -1.39
17) Sekolah Tuanku Abdul Rahman
(STAR)-1.41
18) MRSM Ulul Albab Gemencheh-1.41
19) MRSM Taiping-1.41
20) MRSM Pengkalan Chepa-1.43
21) SMAP Kajang- 1.48
22) MRSM Kota Putera-1.48
23) MRSM Sungai Besar-1.48
24) MRSM Balik Pulau-1.48
25) SMK Tengku Sarafudin Badlishah
-1.51
26) Sekolah Dato Abdul Razak SDAR-
1.51
27) MRSM Batu Pahat- 1.51
28) SM Sains Seri Puteri SESERI- 1.51
29) MRSM Pasir Salak-1.54
30) SMKA Sheikh Hj Mohd Said SHAMS-
1.54

