Pemberian Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) kepada pegawai awam yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ketika Majlis Amanah Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20. Pemberian insentif Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) ini adalah khusus untuk pegawai awam yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi menggunakan pembiayaan sendiri bagi meningkatkan ilmu dan kompetensi diri. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.5.1.4 – Pemberian Hadiah Pengiktirafan Akademik yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026 boleh dicapai melalui portal MyPPSM.
Berikut merupakan carta alir pelaksanaan Pemberian Hadiah Pengiktirafan Akademik bagi tahun 2026.
Januari – Mac > PSM Kementerian / Jabatan membuat hebahan dan menerima permohonan daripada pegawai. Dalam tempoh waktu ini Ketua Jabatan perlu membuat semakan dan memperaku permohonan pegawai kepada PPSM.
April – Jun > Senarai penerima HPA dibawa untuk pertimbangan dan keputusan PPSM peringkat Kementerian / Jabatan masing-masing. Kemudiannya, keputusan permohonan HPA dimaklumkan kepada pegawai. Selepas itu, kementerian akan mengumpul senarai penerima HPA yang telah diluluskan oleh PPSM masing-masing untuk dikemukakan kepada Bahagian Perkhidmatan, JPA.
Julai – September > Bahagian Perkhidmatan Pengurusan, JPA menyalurkan peruntukan kepada kementerian dan kementerian akan menyalurkan peruntukan kepada jabatan yang berkenaan. Bayaran dibuat kepada penerima HPA dan direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) pegawai.
Pemberian Hadiah Pengiktirafan Akademik ini dilaksanakan atas prinsip-prinsip berikut:
- Hanya sekali sepanjang tempoh perkhidmatan
- Pengajian atas pembiayaan sendiri
- Terhad kepada yang memenuhi syarat HPA sahaja
Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pegawai untuk melayakkan permohonan HPA dipertimbangkan:
- Memperoleh kelayakan akademik yang lebih tinggi berbanding kelayakan akademik pegawai ketika dilantik secara tetap ke skim perkhidmatan semasa.
- Memulakan dan menamatkan pengajian bagi kelayakan akademik yang lebih tinggi semasa dalam lantikan tetap.
- Kelayakan akademik yang lebih tinggi itu hendaklah diiktiraf oleh kerajaan.
- Yuran pengajian dan pembiayaan ditanggung sendiri oleh pegawai.
- Markah prestasi bagi tahun penilaian hendaklah sekurang-kurangnya 85%.
- Lulus tapisan tatatertib bagi tahun penilaian.
- Bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar.
- Hanya sekali sepanjang tempoh perkhidmatan.
- Tidak pernah diluluskan Hadiah Pergerakan Gaji (HPG)
- Diperaku oleh Ketua Jabatan.
- Ijazah Kedoktoran = RM1250.00
- Ijazah Sarjana = RM1000.00
- Ijazah Sarjana Muda = RM750.00
- Diploma dan Setaraf = RM500.00
Bagi anda yang
ingin membaca maklumat lengkap tentang permohonan ini bolehlah klik pautan ini
> PENGIKTIRAFAN PERGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (m/s 95 – m/s 108)
Klik pautan Google Drive ini untuk muat turun borang permohonan HPA > BORANG PERMOHONAN HADIAHPERNGIKTIRAFAN AKADEMIK

