
LATIHAN
KESALAHAN EJAAN (BILANGAN 1)
Baca
ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian kenal pasti satu kesalahan ejaan
dalam ayat-ayat tersebut dan betulkan kesalahan ejaan tersebut dengan ejaan
yang sebenar. Anda digalakkan menggariskan kesalahan ejaan pada ayat tersebut.
Anda tidak perlu menyalin keseluruhan soalan pada ruangan jawapan.
- Mira Filzah membeli kobis dan kacang buncis di kedai Pak Abu sebelum pulang ke rumah.
- Raja Azura menjadikan kacang botol sebagai ulam untuk santapan tengah hari bersama-sama ahli keluarga.
- Faizal Tahir enggan makan mi goreng yang dimasak oleh isterinya kerana mengandungi taugeh.
- Bunga kantang ialah salah satu bahan yang diperlukan oleh Ziana Zain dalam menyediakan laksa.
- Fasha Sandha patuh pada pantang larang tidak memakan nenas pada awal kehamilan walaupun hanya mitos sahaja.
- Walaupun berketurunan Melayu, namun Shukri Yahaya gemar makan makanan kaum India seperti tosei.
- Siti Nurhaliza berusaha mencari putu mayam yang sedap di sekitar Kuala Lumpur untuk dijadikan menu sampingan semasa majlis ulang tahun kelahiran suaminya.
- Corak yang berbeza pada stokin yang dipakai oleh Khairy Jamaluddin di kedua-dua belah kakinya pernah tular di media sosial.
- Selain bola sepak Zaquan Adha mahir bermain bowling padang.
- Neelofa tidak pernah lupa menyapu losyen pada kulitnya untuk memastikan kelembapan kulitnya sentiasa terpelihara.
- Butik Meylana yang diusahakan Memey Suhaiza masih menampilkan busana yang menepati selera fesen semasa meskipun dalam potongan yang menepati syariat.
- Serunding daging yang dijual Zizan Razak kurang laku sehingga dia mengalami kerugian besar.
- Izzue Islam menjual jerse secara atas talian untuk mencari sumber pendapatan yang lebih.
- Drama Gerak Khas lakonan Abby Abadi merupakan drama bersiri paling panjang di stesyen TV2.
- Tarian Izara Aishah yang lemah-lembut itu menarik perhatian ramai penonton.
- Zahirah Mcwilson membaling kusen lalu terkena kepala Aiman Hakim Ridza yang sedang menonton televisyen.
- Janna Nick sedang menggoreng vade sebagai menu minum petang untuk dinikmati bersama-sama Dini Schatzmann.
- Di samping kurma, buah pir turut menjadi pilihan Aaron Aziz ketika berbuka puasa.
- Hisyam Hamid suka makan kuehtiau goreng basah pada waktu malam.
- Fattah Amin membeli sebakul penuh buah strawbery untuk memujuk Fazura yang sedang merajuk.
- Amy Mastura membantu Erra Fazira meletakkan cheri di atas kuih semperit.
- Kapsen yang ditulis Norman Hakim di media sosial miliknya sering mendapat perhatian kerana mengandungi kata-kata puitis yang menyentuh hati.
- Rozita Che Wan menekankan amalan jimat-cermat dalam kehidupan anak-anaknya supaya tidak membazer dalam kehidupan seharian.
- Membaca buku-buku fiksen tidak menjadi sebahagian daripada hobi Rosyam Nor kerana dia lebih gemar akan buku-buku politik dan biografi.
- Murtabak hasil air tangan Chef Wan sangat popular ketika bulan Ramadan.
oo
BalasPadamwhat is the answer
BalasPadamMohon rujuk komen di bawah. Terima kasih.
Padamjawapan takda ke
BalasPadamMohon rujuk komen di bawah. Terima kasih.
PadamBlh bg jawapan
BalasPadamMohon rujuk komen di bawah. Terima kasih.
PadamASSALAMUALAIKUM..BOLEH TAK SAYA NAK JAWAPAN BAGI LATIHAN INI?TERIMA KASIH
BalasPadamMohon rujuk komen di bawah. Terima kasih.
PadamRUJUKAN JAWAPAN...
BalasPadam1. kubis
2. kacang botor
3. tauge
4. bunga kantan
5. nanas
6. tose
7. putu mayang
8. stoking
9. boling
10. losen
11. fesyen
12. serondeng
13. jersi
14. stesen
15. lemah gemalai
16. kusyen
17. wade
18. pear
19. kuetiau
20. strawberi
21. ceri
22. kapsyen
23. membazir
24. fiksyen
25. martabak
terima kasih banyak .
Padamsama-sama
Padam