Latihan Ulasan PT3: Kesalahan Disiplin Murid Di Sekolah

Cikgu Muzz
By -
0


Lihat maklumat yang diberikan di atas. Kemudian tulis sebuah ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

TIP MENULIS ULASAN
    1. Tulis ulasan dalam satu perenggan sahaja.
    2. Calon perlu menggunakan sukurang-kurangnya dua isi tersurat daripada bahan yang diberikan.
    3. Calon perlu menulis isi tersirat yang berkaitan dan logik.
    4. Calon dinasihatkan memilih isi tersurat yang calon faham dan jelas agar mudah dihuraikan dan dikaitkan dengan isi tersirat.
    5. Calon dinasihatkan menulis isi tersurat dan diikuti isi tersirat bagi setiap isi.
    6. Penggunaan penanda wacana dibenarkan.
    7. Pendahuluan dan penutupan tidak wajib. Tidak salah untuk ditulis dan tiada markah tambahan diberikan jika ditulis, juga tiada markah yang akan ditolak jika tidak ditulis.
    8. Namun, calon dinasihatkan memulakan ayat pertama yang menjurus tema bahan secara umum bagi menggantikan pendahuluan.
    9. Bilangan perkataan mesti lebih 80 patah perkataan agar penulisan ulasan matang.
    10. Ulasan tidak boleh melebihi 100 patah perkataan selepas ayat terakhir. Jika tidak calon tidak akan berpeluang mendapat markah penuh.
    11. Penggunaan kata-kata bombastik dalam ulasan tidak digalakkan.
    12. Bilang dan tulis patah perkataan ulasan di bawah. Pemeriksa tetap akan mengira kembali. Jadi tiada gunanya calon menipu tentang jumlah patah perkataan ulasan yang ditulis.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!